Mei 7, 2024

Search
Close this search box.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Sesi 2023/2024

JOHOR BAHRU, 17 Sept. – Seramai 47 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima watikah sebagai ahli Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Sesi 2023/2024. Pelantikan tersebut merangkumi pelajar dari kampus UTM JB dan UTM KL dan terdiri dari pelbagai kaum serta pelajar antarabangsa.

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM pada 17 Ogos 2023 bertempat di Dewan Senat Ainuddin Wahid, UTM Johor Bahru.

Watikah telah diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Sesi 2024/2024, Saudara Zuhayr Ariff Zakaria.

Pemilihan ahli JPMPP UTM Sesi 2023/2024 dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar yang mengganggotai Jawatankuasa Transisi JMPP yang telah melalui proses permohonan, saringan dan temu duga.

YBhg Dato Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi dalam amanatnya menyatakan bahawa amanah itu merupakan suatu tanggungjawab yang berat dan beliau berharap agar pelajar yang dilantik untuk menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya.

Untuk rekod, JPMPP UTM merupakan badan bebas yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar UTM. Selain menguruskan Pilihan Raya Kampus (PRK), JPMPP UTM juga bertanggungjawab melaksanakan Parlimen Mahasiswa UTM yang bersidang dua kali setahun.

Foto : OSCA UTM & Unit Media JTNCHEP UTM 

Explore More