April 28, 2024

Search
Close this search box.

FKM-BRIN jalin kerjasama strategik, perkasa inovasi dan penyelidikan kejuruteraan serantau

JAKARTA, 23 Ogos – Satu lawatan kerjasama telah diadakan oleh delegasi ahli akademik dari Jabatan Kejuruteraan Bahan Pembuatan dan Industri (JKBPI), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UTM ke Pusat Teknologi Proses dan Pembuatan Industri, Badan  Riset & Inovasi Nasional (BRIN), di Tangerang, Jakarta.

Empat orang ahli akademik dari JKBPI  terdiri dari Prof. Madya. Ts. Dr. Azanizawati binti Maa’ram (Pengarah JKBPI), Prof. Madya Dr. Norizah binti Hj Redzuan, Ts. Dr. Mohd Ikmal Asyraf bin Mohd. Maulana (Penyelaras Program Master IE) dan Ts. Khidzir bin Zakaria (Ketua Makmal Pembuatan).

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menjalinkan kerjasama serta mengenal pasti keserasian bidang dalam aktiviti penyelidikan, penyeliaan, penerbitan , simposium dan bertukar-tukar staf antara JKBPI atau staf FKM UTM dan BRIN Tangerang.

Rombongan JKBPI telah disambut dengan penuh mesra dan meriah oleh pihak BRIN Tengerang dengan kehadiran dari Ketua-Ketua Kumpulan Penyelidik dan Industri dari sekitar Jakarta. Dr. Ir. Hens Saputra, Ketua Pusat Teknologi Proses dan Pembuatan Industri BRIN Tangerang, mengucapkan “Selamat Datang” dan sangat mengalu-alukan kedatangan rombongan JKBPI serta memperkenalkan bidang dan ahli penyelidik BRIN.

Beliau menyambut rombongan dengan meneruskan lawatan ke Makmal  Penyelidikan dan Inovasi Proses Pembuatan dan Industri, Makmal Mesin, Makmal Teknologi Kekuatan Struktur, Makmal Transpotasi dan Makmal Aerodinamika Aeroelastika & Aeroakustika.

Perbincangan juga diadakan bagi meneruskan aktiviti terdekat iaitu Bengkel  dalam Kertas Kerja Penyelidikan Bersama dan Syarahan Jemputan. Telah dipersetujui bahawa Pegawai Perhubungan untuk Kerjasama FKM-BRIN Tangerang adalah Ts. Dr. Mohd Ikmal Asyraf bin Mohd. Maulana (UTM), dan Dr. Supriana Suwanda (BRIN).

Lawatan ini telah memberi peluang pihak JKBPI mengenalpasti bidang berpotensi untuk dipadankan dengan BRIN Tangerang demi kejayaan penyelidikan dan inovasi serantau Asean khususnya Malaysia dan Indonesia.

Oleh: Prof. Madya Dr Norizah Hj Redzuan

Explore More