Mei 4, 2024

Search
Close this search box.

Naib Canselor UTM lancar Read Cafe@UTMKL x He & She Coffee

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Majlis pelancaran Read Cafe@UTMKL x He & She Coffee telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM,  Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail. Majlis turut diserikan dengan kehadiran En. Zulkiflee Yusof, Pengasas He & She Coffee yang telah menyumbangkan idea dan sokongan untuk membawa konsep Read Cafe@UTMKL menjadi sebuah realiti.

Ruang Read Café ini yang dahulunya merupakan Perpustakaan Menara Razak telah diinovasi menjadi ruang yang lebih kondusif dan produktif. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perundingan penyelidikan dan program pembudayaan ilmu yang diuruskan oleh Perpustakaan UTM.

Keunikan ruang ini adalah menyediakan platform event space kepada aktiviti percambahan ilmu, diskusi ilmiah serta sesuai sebagai ruang santai untuk sesi jaringan dan perundingan.

Hadir bersama dalam majlis ini ialah Prof. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), dan Puan Nor Asikin Mohamad, Ketua Pustakawan UTM serta para tetamu kehormat lain yang telah memberi sokongan penuh dalam mewujudkan kerjasama ini sekali gus memajukan pembudayaan ilmu di kampus.
Dalam majlis yang penuh bermakna ini, turut diadakan Penyerahan Baucer Rahmah RM5 He & She Coffee sebagai penghargaan terhadap kerjasama antara UTM dan He & She Coffee ini dalam menjayakan Read Cafe@UTMKL. Semoga kerjasama antara Perpustakaan dan He & She Coffee akan terus berkembang dan memberi manfaat yang besar kepada komuniti kampus, meningkatkan minat membaca serta mencipta ruang mesra untuk berbincang dan bertukar ilmu dalam kalangan pelajar dan staf UTM Kuala Lumpur.

Explore More