Mei 3, 2024

Search
Close this search box.

Makmal Hidup UTM-JPNJ anjur Kempen Kredit Karbon Hutan Simpan Panti

KOTA TINGGI, 16 Ogos – Program Kempen Kredit Karbon Hutan Simpan Panti anjuran Makmal Hidup UTM-Jabatan Perhutanan Negeri Johor yang dijalankan dari 15-22 Ogos 2023 telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Dato’ Hj. Salim bin Aman di Pusat Kecemerlangan Perhutanan Johor Suaka Burung Panti, Kota Tinggi Johor.

Majlis turut dihadiri oleh  Prof. Madya Dr Mohd Nadzri Md Reba, sebagai wakil dekan FABU; Penasihat Makmal Hidup, Prof. Ir Ts Dr Mohd Fadhil Md Din; Ketua Makmal Hidup UTM-JPNJ, Dr Nurul Hawani Idris; En Ramli Zauyahhudin Mahli dan Timbalan Pengarah JPNJ, Haji Zulfakar Ali.

Kempen  yang diketuai oleh Dr Abd Wahid Rasib, dari Jabatan Geoinformasi telah disertai oleh peserta yang terdiri daripada 25 pelajar prasiswazah dan pasca siswazah dari FABU, khususnya program Geoinformatik, Remote Sensing dan Senibina Landskap, penyelidik dan pensyarah dari Jabatan Geoinformasi serta pegawai dan staf lapangan JPNJ. Kempen yang dijalankan bertujuan untuk menubuhkan plot kekal bagi tujuan kajian RnD di Hutan Simpan Panti yang boleh digunakan oleh penyelidik-penyelidik lain berkaitan yang tidak terhad kepada penilaian stok karbon dan biodiversiti.

Dalam ucapan perasmian oleh Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Dato’Hj Salim bin Aman, beliau menekankan program kempen kredit karbon ini adalah selari dengan hasrat kerajaan negeri agar fungsi hutan dapat dipelbagaikan termasuklah dalam perdagangan kredit karbon dan beliau berharap kempen kredit karbon ini menjadi titik permulaan dan akan diteruskan kepada plot-plot lain walaupun kempen tamat pada 22 Ogos ini.

Plot 1 hektar dibangunkan menggunakan gabungan kaedah konvensional dan teknologi geospatial. Kempen juga melibatkan bancian pokok bagi mendapatkan data biometrik pokok – tinggi, nama spesis, Diameter at Breast Height (DBH), saiz kanopi, kedudukan pokok mengikut plot kuadran bagi tujuan penilaian stok karbon menggunakan  teknologi Terrestial Laser Scanning, dron dan handheld LiDAR.

Sesi penerangan konsep TLS telah diberikan oleh Pensyarah FABU, Prof Madya Dr Muhammad Zulkarnain Abdul Rahman

Kempen ini juga melibatkan pemindahan ilmu dan teknologi di antara penyelidik UTM dan staf lapangan perhutanan dalam kerja-kerja pengukuran dan penubuhan plot di hutan, selain pendedahan kepada pelajar tentang kerja-kerja pengukuran lapangan bagi bancian pokok menggunakan teknologi geospatial.

Kempen ini melibatkan beberapa aktiviti pemindahan teknologi geospatial bagi kerja-kerja bancian pokok yang boleh digunakan bagi pelbagai kajian berkaitan perhutanan.

Pemindahan teknologi berkaitan Terrestial Laser Scanning telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr Muhammad Zulkarnain Abdul Rahman, Dr Suzanna Azmy, En Anuar Aspuri dan En Hafizatul Izan bin Md Paimi (dari Makmal Ukur). Manakala, teknologi dron menggunakan kamera multispectral diketuai oleh Dr Alvin Lau Meng Shin.

Pengukuran plot menggunakan alat ukur Total Station dan GPS diketuai oleh Dr Abdul Wahid Rasib, En Mohammad Fadhlan bin Baharudin dan Mohd Faizi Bin Mohd Salleh dari Makmal Ukur FABU. Penggunaan handheld LiDAR pula disempurnakan oleh Dr Sr Gs Mohd Radhie  Mohd Salleh dari I NET Spatial Sdn Bhd.

Sementara itu, teknologi remote sensing bagi kajian pembungaan diketuai oleh Dr Noordyana  Hassan. Manakala, penggunaan teknologi dalam bancian pokok diketuai oleh Dr Nurul Hawani Idris  dibantu oleh En Mohamad Jahidi Osman dan Nurain Othman.

Peserta yang terdiri daripada pelajar FABU dan staf lapangan JPNJ.

Program ini telah mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Perhutanan, Pejabat TNCAA serta barisan pentadbir FABU dan merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang dibawah Surat Kerjasama (LoC) UTM-JPNJ yang telah ditandatangan oleh kedua-dua belah pihak pada Mei lalu.

aktiviti penubuhan plot dibuat menggunakan alat Total Station dan penentudukan menggunakan GPS diketui oleh En Mohammad Fadhlan bin Baharudin dan Mohd Faizi Bin Mohd Salleh dari Makmal Ukur FABU
Aktiviti penubuhan plot dibuat menggunakan alat Total Station dan penentudukan menggunakan GPS diketui oleh En Mohammad Fadhlan bin Baharudin dan Mohd Faizi Bin Mohd Salleh dari Makmal Ukur FABU.
Cerapan biometrik pokok di plot kajian menggunakan teknologi Terrestial Laser Scanning
Cerapan biometrik pokok di plot kajian menggunakan teknologi Terrestial Laser Scanning dikendalikan oleh Dr Suzanna Azmy, Prof Madya Dr Zulkarnain Abdul Rahman, Dr Mohd Radhie, En Anuar dan En Hafizatul.

 

Explore More