November 22, 2024

Search
Close this search box.

PALEMBANG, 17 Ogos – Program ini merupakan rentetan program fasa pertama yang telah dijalankan di UTM pada tanggal 4 sehingga 7 Januari 2023 Semua peserta telah didedahkan tentang penggunaan komposit gentian kaca untuk pembinaan bot.

Dalam fasa kedua pula, seramai 15 orang pelajar KTC dan 25 orang pelajar UNSRI terlibat dengan pembinaan rumah cendawan yang berasaskan Internet of Things (IoT) dan tenaga solar di Desa Pelajaran Kecamatan Jarai yang berjarak sekitar 8 jam perjalanan dari Palembang.

Pelajar KTC dan UNSRI serta panitia Kolaborasi Internasional Mahasiswa Mengabdi (KIMM) Universitas Sriwijaya sewaktu acara perasmian Engineering Service Learning (ESL): Palembang Here We Go! Fasa 2. Turut terlibat , Rektor UNSRI Prof. Dr. Ir. H. Anis Saggaff (lima dari kiri) , Dr Nurzal Effiyana Binti Ghazali (dua dari kiri) Penasihat Program mewakili Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , serta pengarah program Harith Danial (empat dari kiri)

Hadir bersama ketika pelancaran projek ini di Desa Pelajaran ialah wakil Bupati Lahat H. Cik Ujang, YB. Mario Andramartik kerana projek ini merupakan projek pertama rumah cendawan berasaskan IoT dan tenaga solar di Sumatera Selatan.

Menurut Dr. Rizky Tirta Adhiguna dan En. Bimo Brata Adhitya, selaku penasihat program UNSRI, program ini akan dikembangkan ke desa-desa di Sumatera Selatan.

Pelajar UTM serta UNSRI dihadapan rumah cendawan berbasis IoT dan tenaga solar yang telah dibangunkan di Desa Pelajaran Kecamatan Jarai Kabupaten Lahat.

Sesuai dengan bidang tujahan KTC iaitu Inovatif & Kreatif, program ini telah mendapat sokongan penuh daripada Pengetua KTC, Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Abdul Rahim yang membolehkan pelajar mendapat pembiayaan lengkap daripada UTM International melalui “Outbound Student Mobility Program”, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Kolej Tuanku Canselor (KTC).

Istimewanya program ini, ia telah jatuh pada tanggal Hari Ulang Tahun (HUT) Republik Indonesia Ke-78.

Oleh itu, pelajar KTC telah dapat bersama-sama meraikan HUTRI-78 bersama mahasiswa UNSRI agar mendapat perspektif yang lebih luas tentang sejarah saudara serumpun di rantau Asia Tenggara serta mendapat pendedahan tentang pemahaman silang budaya yang lebih baik di antara dua budaya yang berbeza. 

Pengarah program, saudara Harith Danial pelajar Tahun 2 Kejuruteraan Mekanikal Aeronautik, menyimpulkan bahawa objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan projek berhubung sosio budaya dan ekonomi masyarakat luar bandar, membangunkan kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan kerjasama dalam kalangan pelajar UTM dan UNSRI, mendedahkan penyelesaian masalah secara pelbagai disiplin kepada pelajar UTM & UNSRI serta memperkukuh hubungan strategik di antara UTM dan juga UNSRI telah dicapai dengan jayanya berkat usaha dan kerjasama daripada peserta-peserta UTM dan UNSRI. 

Beliau juga mengatakan program-program seperti ini perlu diteruskan oleh KTC kerana ia memberi pelbagai manfaat yang sangat berharga kepada semua pihak yang terlibat kerana program ini mencipta peluang unik bagi para peserta, baik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mahupun Universitas Sriwijaya (UNSRI), untuk mendapatkan pendedahan mendalam mengenai realiti sosio budaya dan ekonomi masyarakat luar bandar. 

Pengalaman ini membuka mata mereka kepada realiti yang mungkin tidak mereka alami kebiasaannya dan membantu memperkaya pemahaman mereka tentang perbezaan budaya dan kehidupan.

Malah, program ini membina kemahiran komunikasi yang efektif dan kemampuan menyelesaikan masalah dalam konteks yang sebenar.

Peserta harus berinteraksi dengan orang yang mempunyai latar belakang berbeza, menghadapi cabaran berbeza, dan mencari penyelesaian yang inovatif. Kemahiran ini penting dalam dunia global yang semakin kompleks dan saling bergantung.

Jambatan Ampera (Amanat penderitaan rakyat) adalah sebuah jambatan di Kota Palembang, Indonesia. Jambatan Ampera, yang telah menjadi lambang kota, terletak di tengah-tengah Kota Palembang, menghubungkan daerah Seberang Ulu dan Seberang Ilir yang dipisahkan oleh Sungai Musi. Jambatan Ampera merupakan ikon kota Palembang yang paling terkenal.

 

Pelajar di hadapan kampus Universitas Sriwijaya, Bukit Besar, Palembang semasa aktiviti lawatan di sekitar kampus

 

 

Explore More