Mei 20, 2024

Search
Close this search box.
kem pembentukkan pemantapan ktc

JOHOR BAHRU, 23 Ogos– Kem Pembentukan dan Pemantapan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor (JKMKTC) sesi 2023/2024 telah berlangsung selama lapan hari. Kem pembentukan berlangsung di Dewan Astana kolej. Manakala Kem Pemantapan bertempat di Pulau Langkawi.

Seramai 16 calon terpilih telah menyertai Kem ini. Kem ini menjadi platform bagi memulakan perjalanan para ahli-ahli jawatankuasa kolej mahasiswa dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Ia adalah titik permulaan untuk memahami peranan masing-masing, membangunkan kemahiran kepemimpinan dan membentuk hubungan kerjasama yang kukuh di antara satu sama lain.

Di bawah bimbingan Puan Rafidah Binti Mohamad, tema ” Inovasi dan Kreativiti Pemangkin Pemimpin Pelajar Berkualiti” menjadi titik tumpuan dalam kem pembentukan dan pemantapan pada kali ini.

Tema ini dipilih bagi menyokong Visi & Misi enVision UTM 2025, Niche Area Kolej Kediaman, Kolej Tuanku Canselor (KTC) iaitu Inovasi dan Kreativiti, tidak hanya mencerminkan pentingnya kepemimpinan di kalangan pelajar, tetapi juga menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam pendekatan mereka terhadap pengurusan kolej mahasiswa.

Pelajar dipecahkan kepada tiga kumpulan. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk bekerjasama dan belajar daripada satu sama lain.

Setiap kumpulan dapat membentuk persekitaran yang kondusif untuk perkongsian idea serta penyelesaian masalah berpasukan.

Ini dapat membangunkan kemahiran bekerjasama. Ini sejajar dengan matlamat kem pembentukan, yang ingin melahirkan individu yang tidak hanya mampu memimpin, tetapi juga bekerja dalam pasukan dengan efektif.

Perasmian dan hala tuju JKMKTC sesi 23/24 disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Abdul Rahim, Pengetua Kolej Tuanku Canselor, UTM Johor Bahru.

Semasa kem ini berlangsung, pelbagai aktiviti yang berfokus pada pembangunan kepimpinan dijalankan seperti Radio Karat (Komunikasi), Periuk Api (kepercayaan) dan ‘Idea & Pembentangan Konsep Perancangan Aktiviti’.

Dimantapkan lagi dengan pelbagai ceramah seperti Ceramah Pengurusan Organisasi, Ceramah Pengurusan Kewangan, Seducing Potential Sponsorship, Government, University, Community &Industry (GUCI) dan Industrial, Innovation and Globalization (I2G)

Aktiviti-aktiviti ini dirancang untuk membantu pelajar memahami elemen-elemen penting dalam menjadi pemimpin yang berkualiti seperti kemahiran komunikasi yang baik, kepemimpinan beretika dan keupayaan untuk memimpin dalam situasi yang mencabar.

Selesai aktiviti di Dewan Astana Kolej Tuanku Canselor, kem ini diteruskan ke lokasi seterusnya iaitu di Pulau Langkawi.

Di bawah sinaran matahari dan angin laut Langkawi, peserta menjalani aktiviti pemantapan yang dirancang untuk mempertajam kemahiran mereka dalam menguruskan diri, orang lain, dan projek-projek.

Semua ini bertujuan untuk menghasilkan pemimpin pelajar yang tidak hanya berkualiti, tetapi juga berdaya saing.

Pelajar juga dibawa untuk menjelajahi pulau Langkawi. Ini adalah untuk memberi mereka peluang yang unik untuk meluahkan kreativiti dan rasa ingin tahu mereka, sambil merasai keindahan semula jadi dan budaya tempatan secara langsung.

Melalui penerokaan ini, mereka dapat memahami betapa pentingnya hubungan antara alam sekitar dan inovasi, serta bagaimana pengurusan pintar dan inovatif dapat memberi impak positif kepada komuniti setempat.

Selain daripada itu, penerokaan ke Langkawi juga memberi mereka pengalaman dalam menghadapi situasi baru, bekerja dalam kumpulan, dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh keyakinan.

Diharapkan bahawa melalui kesemua aktiviti dan pendekatan yang dijalankan dalam kem pembentukkan dan pemantapan ini, generasi JKMKTC sesi 23/24 yg telah dibentuk dan dimantapkan ini, dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan lancar, baik dan cermerlang.

Diharapkan dapat menghayati nilai-nilai kepemimpinan yang kukuh sambil memupuk semangat inovasi dan kreativiti  dalam semua aspek pengurusan kolej mahasiswa.

 

 

Explore More