Mei 4, 2024

Search
Close this search box.

Kerjasama UTM, UNAIR tingkat potensi ekopelancongan Sungai Melayu

JOHOR BAHRU, 26 Ogos – Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima lawatan daripada Universitas Airlangga Indonesia (UNAIR) bagi berkongsi pengalaman dalam pengurusan aktiviti libat sama komuniti dan industri.

Kerjasama erat antara kedua-dua buah institusi ini telah direalisasikan menerusi Lawatan dan Sesi Pemindahan Ilmu Ekopelancongan di Kampung Sungai Melayu.

Program ini melibatkan aktiviti-aktiviti riadah dalam masa yang sama dapat meningkatkan kesedaran dalam menghayati alam semula jadi sepanjang sungai Kampung Sungai Melayu serta perkongsian ilmu tentang air sungai.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Pandak bin Ahmad, ADUN Kota Iskandar.

Sesi penerangan oleh YB Datuk Pandak bin Ahmad selaku ADUN Kota Iskandar.

Turut serta dalam program ini  ialah Prof. Madya Dr. Johari bin Surif selaku Pengarah Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN) UTM, dan Ketua Delegasi UNAIR, Prof. Dr. Ni Nyoman Tri Puspaningsih bersama pensyarah-pensyarah UNAIR yang lain.

Objektif utama program adalah bagi memperlihatkan penglibatan UTM bersama agensi kerajaan, industri dan komuniti dalam membantu meningkatkan aktiviti ekopelancongan bagi mempromosikan Kampung Sungai Melayu sebagai taman rekreasi keluarga dan pelancong dari dalam dan luar negara.

Perkongsian ilmu ini juga bertujuan untuk memulihara sumber, terutama kepelbagaian biologi dan mengekalkan penggunaan sumber, yang membawa pengalaman ekologi kepada pelancong, memulihara ekologi alam sekitar dan memperolehi faedah ekonomi.

Kampung Sungai Melayu sememangnya mempunyai potensi tinggi dalam aspek ekopelancongan, terutama menerusi kegiatan kunjungan sambil belajar dari dalam dan luar negara,  meneroka hutan bakau, memancing dan penternakan kupang.

Sementara itu, Pakar Perikanan dan Marin UNAIR Dr. Veryl Hasan, S.Pi., M.P telah berkongsi ilmu berkaitan ekopelancongan dari negara beliau bagaimana untuk menambah pendapatan dengan mempelbagaikan produk-produk sedia ada dan menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan.

Dr. Veryl Hasan, S.Pi., M.P telah berkongsi ilmu berkaitan ekopelancongan.

Dalam masa yang sama, YB Datuk Pandak turut berhasrat untuk mengembalikan hak milik sungai kepada masyarakat setempat, sebagai sebahagian daripada Program Pemuliharaan, Perlindungan dan Pemulihan sungai di Kampung Sungai Melayu.

Ini akan membantu PBT dalam proses pemantauan sungai, terutama sungai yang dikategorikan sebagai sumber air untuk kehidupan, habitat hidupan liar, hutan simpan, tempat rekreasi dan tarikan pelancong.

Delegasi UNAIR menaiki bot untuk menyelusuri sungai paya bakau.

Oleh: Puan Habsah binti Jambari

 

Explore More