Mei 4, 2024

Search
Close this search box.

Delegasi UNAIR, UTM kongsi ilmu bersama komuniti Pangsapuri Kenari

JOHOR BAHRU, 26 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Universitas Airlangga, Surabaya bermua 25 -28 Ogos 2023 yang diketuai oleh Prof. Dr. Ni Nyoman Tri Puspaningsih, M.Si, Vice Rector for Research, Innovation, and Community Development, UNAIR.

Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada 44 orang tenaga pengajar dan 8 orang pelajar telah turut serta dalam program International University Social Responsibility yang telah dirancang oleh UTM dan UNAIR bersama komuniti setempat.

Universitas Airlangga (UNAIR) merupakan salah satu universiti Indonesia yang aktif dalam menjalankan kerja-kerja komuniti di seluruh dunia.

Selaras dengan itu,  UNAIR telah menubuhkan World University Association for Community Development (WUACD) pada tahun 2018 yang memfokuskan untuk meningkatkan kualiti program perkhidmatan masyarakat yang merangkumi isu kemiskinan, kesihatan, ketidaksamaan, perubahan iklim, persekitaran, keamanan dan keadilan sosial di Indonesia dan di luar negara bersama-sama dengan ahli WUACD yang lain.

Pangsapuri Kenari, Kangkar Pulai  merupakan komuniti  yang terpilih untuk program perkongsian ilmu di bawah inisiatif program Bangsa Johor Bahagia (BJB) melalui projek Laman Ceria dan Projek KTPRIG.

Program telah diadakan pada 26 Ogos 2023 bermula jam 9.00 pagi sehingga 01.30 tengahari bertempat di Laman Ceria dan Library Contena di Pangsapuri Kenari, Kangkar Pulai.

Seramai 27 orang peserta daripada UNAIR dan 50 peserta (kanak-kanak dan dewasa) daripada komuniti turut terlibat dalam program yang dijalankan.

Pelbagai program telah dijalankan antaranya adalah program Gotong royong Kebun Komuniti- penanaman anak pokok kunyit dan serai bersama-sama peserta dari UNAIR dan komuniti Pangsapuri Kenari di kebun Lestari serta penyampaian maklumat berkaitan pelbagai jenis tumbuhan ubatan keluarga (toga) oleh Suciati SSi MPhil PhD Apt, tenaga pengajar dari Fakulti Farmasi UNAIR.

Dalam perkongsian ilmu kesihatan Dr. Sulistiawati wakil UNAIR telah memberikan pendedahan pencegahan pembiakan nyamuk denggi dan pengesanan awal symptom demam denggi kepada  Komuniti.

Pelbagai kuiz telah diadakan bagi menarik minat peserta berinteraksi bersama penceramah.

Selain penyakit demam denggi, komuniti juga didedahkan tentang pola pemakanan yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.

Juga, kesan pengambilan garam, gula dan lemak kepada kesihatan manusia, supaya sejak kecil kita telah didedahkan dengan jumlah pengambilan yang sesuai dan mengekalkan pengambilan makanan sebagai orang dewasa supaya tidak terdedah kepada penyakit metabolik telah disampaikan oleh Dr. Trias Mahmudiono, SKM, MPH. PhD

Manakala Program Pendidikan Kesihatan Pergigian disampaikan oleh  Dr. Pratiwi Soesilawati, drg., M.Kes. dan pelajar Faculty of Dental Meddicine, UNAIR diadakan di Library Contena bersama anak-anak komuniti.

Program ini diharap dapat memberi kesedaran tentang kesihatan dan kebersihan gigi di kalangan kanak-kanak.

Majlis penutup telah didakan di Laman Ceria dengan acara pertukaran cederamata antara UNAIR dan Komuniti Pangsapuri Kenari, Kangkar Pulai.

Dengan berakhirnya program ini, pihak CCIN berharap perkongsian ini memberi kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan kebersihan melalui pencegahan dan perawatan dari penyakit serta memberi peluang kepada komuniti dalam meningkatkan hubungan dan libatsama yang positif bersama agensi di luar kelompok di samping berganding bahu dalam menjaga kelestarian alam dan kesihatan melalui perkongsian ilmu yang telah disampaikan.

Diharapkan hubungan baik antara UNAIR dan UTM akan berkembang melalui pelbagai program yang bakal dirancang dan dilaksanakan.

Pihak UTM amat mengalu-alukan sebarang usaha dan cadangan kerjasama di antara UNAIR dan UTM bagi bersama-sama memanfaatkan kepakaran dan kelebihan di antara kedua belah pihak untuk kemaslahatan sejagat.

Dengan itu, segala kerjasama dan sokongan dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung amatlah dihargai. Semoga hasrat murni dalam merealisasikan matlamat program ini mencapai objektif sepertimana yang diharapkan.

Oleh: Marina binti Zainal, CCIN

Explore More