Mei 3, 2024

Search
Close this search box.

UTM dan UNY bergerak seiring laksana pembelajaran servis, perkasa agenda pengantarabangsaan

YOGYAKARTA, 13 Jul. – Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue) di bawah Pusat Akademik dan Pengalaman Pembelajaran (CAEL) telah mengadakan Lawatan Kerja dan Perbincangan Pelaksanaan Pembelajaran Servis (SULAM) Antarabangsa bersama Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) bertempat di Ruang Sidang Utama (RSU) UNY.

Delegasi UTM seramai 3 orang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus, Pengarah CAEL dan disertai oleh Timbalan Pengarah CAEL, Dr. Mahyuddin Arsat serta Pengurus UTM iLeaGue UTM Kuala Lumpur, Puan Nurul Diana Kayat.

Program ini turut dihadiri oleh Dekan-Dekan Fakulti UNY, Kepala Unit dan kakitangan KKN, PK, PI dan Magang, serta kakitangan International Office.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan prosedur SULAM antarabangsa dalam kalangan mahasiswa kedua-dua universiti dan prosedur pelaksanaan dengan libatsama komuniti di Indonesia.

Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Prof. Dr. Edi Purwanta, M.Pd, Wakil Rektor Bidang Umum dan Sumber Daya UNY.

Agenda program lawatan dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Pengarah CAEL dan ucapan alu-aluan serta perasmian oleh Prof. Dr. Edi Purwanta, M.Pd, Wakil Rektor Bidang Umum dan Sumber Daya UNY.

Antara yang dinyatakan secara jelas di dalam ucapan ini adalah usaha kedua-dua pihak untuk mengembangkan MoU UTM-UNY di bawah pelbagai inisiatif seperti pertukaran pelajar melalui program inbound/outbound, program Kuliah Kerja Nyata (KKN), joint research dan publication dan program double-degree.

Program diteruskan dengan sesi menandatangani dokumen Implementation of Agreement (IA) oleh Pengarah CAEL dan Dekan Fakultas Ilmu Pendidikan dan Psikologi, Prof. Dr. Suwarjo, M.Pd. bagi pelaksanaan program KKN.

Sesi tandatangan Implementation of Agreement (IA)

UTM dan UNY saling bertukar informasi berkaitan dengan pelaksanaan SULAM dan KKN menerusi pembentangan oleh Pengarah CAEL dan Kadiv PI dan Magang UNY, Ir. Yosep Efendi, M.Pd..

Program diteruskan dengan sesi perbincangan dengan mendapatkan maklum balas daripada setiap Dekan Fakulti yang hadir. Antara perkara yang perlu dilihat bersama adalah perbezaan jumlah jam kredit, tempoh pelaksanaan aktitviti dan kesesuaian kursus yang ditawarkan.

Perbincangan pelaksanaan SULAM dan KKN

Sesi perbincangan dan dialog antara kedua-dua belah pihak telah berakhir dengan persetujuan untuk melaksanakan aktiviti SULAM dan KKN yang dijangka diadakan pada 26 November 2023 selama 7 hari.

Ia akan melibatkan pertukaran pelajar proram Sarjana Muda UTM seramai 10 orang ke Indonesia dan pelajar UNY seramai 10 orang ke Malaysia.

Explore More