Mei 21, 2024

Search
Close this search box.

Sinergi UTM dan UMP jayakan pameran alat ujian psikologi

KUALA LUMPUR, 4 Jul. – Pusat Kaunseling UTM Kuala Lumpur bersinergi bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam keterlibatan outreach dan memberikan perkhidmatan terus kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Program Pameran Alat Ujian Psikologi sempena Karnival Pendidikan Peringkat ATM 2023.

Pameran Alat Ujian Psikologi telah dijayakan bersama Prof. Dr. Muhammad Nubli Bin Abdul Wahab (UMP), Puan Nurzima Zaihan binti Pi’i (Timbalan Pengarah Pusat Kaunseling UTMKL), Puan Nor Hasrina binti Mohamad @ Sulaiman (Pegawai Psikologi Kanan PKUTMKL).

Pameran turut mendapat perhatian Mantan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dalam memperkasakan penggunaan Alat Ujian Psikologi untuk mempertingkatkan dan menjamin kesejahteraan anggota ATM seluruhnya.

Explore More