April 28, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memberikan sumbangan besar berupa makanan kering dan barangan keperluan diri kepada Caring Cabinet Kolej Siswa Jaya (KSJ). Sumbangan ini bertujuan untuk membantu pelajar KSJ yang berkeperluan terutama dalam bentuk makanan atau barang keperluan.

Antara item yang disumbangkan adalah seperti makanan segera seperti Ayam Masak Merah, biskut, mee segera, dan Nestum segera, yang akan membantu pelajar mendapatkan hidangan yang berkhasiat dengan cepat. Selain itu,

MAIWP juga turut menyumbangkan air mineral, kopi 3 dalam 1, dan barangan kebersihan diri seperti ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, dan tuala wanita, untuk memastikan keperluan harian pelajar terjaga dengan baik.

Caring Cabinet KSJ ini merupakan inisiatif pengurusan Kolej Siswa Jaya untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan tambahan dalam mencari makanan dan barangan keperluan.

Dengan adanya Caring Cabinet ini, pelajar KSJ yang memerlukan bantuan boleh mengambil makanan dan barang keperluan secara percuma dan dengan mudah.

Pengarah Kolej Siswa Jaya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada MAIWP atas sumbangan yang besar ini.

Beliau turut mengakui bahawa Caring Cabinet KSJ menjadi sumber bantuan penting bagi pelajar yang menghadapi kesulitan ekonomi atau kesempitan rezeki.

Dengan bantuan MAIWP, diharapkan pelajar-pelajar KSJ akan lebih mudah menghadapi cabaran dalam persekitaran kolej.

Explore More