Disember 27, 2024

Fakulti Komputeran pertingkat kemahiran staf menghasilkan poster melalui aplikasi Canva

JOHOR BAHRU, 4 Jul. – Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Kursus Penghasilan Poster menggunakan perisian Canva dalam mempertingkat kemahiran para kakitangannya selari dengan kemajuan teknologi semasa.

Program yang mendapat bimbingan En. Nadzreeq Nor Majid dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)  dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada staf teknikal, staf sokongan Pejabat Pentadbiran dan juga Pejabat Akademik. Program ini merupakan inisiatif di bawah Pengurusan Fasiliti, Fakulti Komputeran yang ditawarkan kepada semua staf sokongan fakulti ini atas faktor jurang kompetensi dari Analisa Keperluan Latihan (TNA), senarai ELPPT/ELNPT bagi memenuhi keperluan individu dan permohonan latihan oleh pihak fakulti.

Selain itu, kursus ini mempunyai tiga slot bagi memperkenalkan beberapa teknik penghasilan poster kepada pihak peserta. Peserta juga perlu membuat amali secara individu dengan menghasilkan sebuah poster untuk program fakulti yang seterusnya.

 

Penceramah memberi pendapat tentang poster yang perlu diperbaiki.

Peserta yang berjaya menghasilkan poster yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang dengan ganjaran saguhati dan poster hasil rekaan beliau juga turut digunakan untuk program akan datang. Kesemua peserta turut menerima sijil penyertaan dari pihak Fakulti Komputeran.

 

Salah seorang peserta yang terpilih dalam penghasilan poster terbaik.

Program ini dilihat dapat memberi ilmu dalam teknik asas penghasilan poster kepada staf fakulti ini di samping menambah ilmu yang boleh digunakan dan memudahkan penghasilan poster baharu.

 

Oleh Nur Shaidatulfatihdrwirza Maslan

Explore More