Mei 20, 2024

Search
Close this search box.

“Trash to Cash” galak amalan kitar semula dalam kalangan pelajar UTM

JOHOR BAHRU, 20 Jun – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan program “Trash to Cash” selama dua minggu berturut-turut, dari 13 hingga 20 Jun, dengan matlamat untuk mendorong pelajar UTM untuk mengamalkan kitar semula dan meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Program inovatif ini merupakan hasil kerjasama antara UTM dan SWCorp, bertujuan untuk menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar universiti, dengan memberi ganjaran yang menarik bagi penyumbang teraktif.

Dalam program ini, peserta diberi peluang untuk mengumpul mata berdasarkan berat barang kitar semula yang mereka sumbangkan. Semakin banyak barang yang dikitar semula, semakin tinggi jumlah mata yang akan diperoleh oleh peserta.

Dalam dua minggu pelaksanaannya, program ini telah berjaya mengumpulkan barang kitar semula, termasuk botol plastik, kertas, televisyen dan printer yang telah rosak.

Program ini adalah langkah kecil yang sangat bermakna dalam mencorakkan pelajar sebagai agen perubahan yang peka terhadap isu alam sekitar. Melalui program ini, amalan kitar semula diharap dapat menjadi satu budaya dalam kalangan pelajar UTM.

Penganjur program ini juga telah memberikan penekanan tentang pentingnya kesedaran alam sekitar dan tanggungjawab sosial dalam menjaga bumi. Melalui “Trash to Cash,” mereka berharap mampu melahirkan generasi yang lebih peka terhadap isu-isu alam sekitar dan menjadi pelopor dalam usaha kelestarian bumi.

Hadiah wang tunai RM50 telah diberikan kepada 5 orang pemenang yang paling berjaya mengumpulkan mata tertinggi dalam dua minggu program ini.

Kejayaan program ini menandakan langkah awal yang positif dalam membentuk budaya kitar semula dalam kalangan pelajar UTM, dan diharapkan program seperti ini akan diteruskan dan diperluas pada masa akan datang untuk manfaat bersama.

 

Explore More