Mei 2, 2024

Search
Close this search box.

Tioman Service Learning 2023 medan bina semangat berpasukan kluster badan beruniform UTM

PULAU TIOMAN, 3 Jun – Kluster badan beuniform UTM Malaysia yang terdiri daripada PALAPES Darat, PALAPES Laut, SUKSIS, KELANASISWA, PANDU PUTERI DAN PERTAHANAN AWAM telah mengadakan program bersepadu badan beruniform “Tioman Service Learning 2023” bemula 1 hingga 3 Jun.

Program ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Institut Siswazah Tersedia Kehidupan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Dr. Mahyuddin bin Arsat sebagai tetamu jemputan.

 

Seramai 155 orang yang terdiri daripada kalangan pelajar badan beruniform dan para pengiring.

Penyelaras Kluster Badan Beruniform Lt. Ts. Dr. Mohd Akhmal bin Muhamad Sidek beserta penolong pensyarah yang lain mengambil kesempatan untuk menganjurkan program ini bagi membina semangat kerjasama berpasukan antara enam Unit Badan Beruniform di UTM di samping memberi peluang kepada semua badan beuniform yang terlibat dalam berkongsi ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari brsama komuniti di Pulau Tioman.

Progam ini dikendalikan oleh Siti Nur Aisyah bt Rosly dari Kelanasiswa sebagai pengarah dan Syazirul Nabil bin Saifullazman dari PALAPES Darat sebagai timbalan pengarah.

  

Secara tidak langsung, hubungan silaturrahim dapat terjalin dengan lebih erat dan dilihat terpancar kegembiraan di wajah mereka kerana dapat bekerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.

Semoga amalan ini diberkati dan dikurniakan rahmat dari Allah s.w.t.

  

#ServiceLearningUnitBeruniform2023

Explore More