Mei 19, 2024

Search
Close this search box.

QS-BINA dan PEHARTA jalin kolaborasi anjur Fabulous Colour Run 2023

JOHOR BAHRU, 9 Jun – Program Fabulous Colour Run ini merupakan hasil kolaborasi antara Persatuan Ukur Bahan dan Pembinaan (QS-BINA) dengan Persatuan Pengurusan dan Penilaian Harta Tanah (PEHARTA) dibawah Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU).

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran menjaga kesihatan disamping mewujudkan  keceriaan di kalangan semua mahasiswa/i dan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terdiri daripada pelbagai fakulti.

Program larian ini telah diadakan pada 9 Jun 2023 sejauh 4 kilometer bermula di Tempat Parking B11, FABU dan tamat di Padang Ragbi, UTM. Program ini berjaya menggalakkan semangat kekitaan bagi mewujudkan budaya kampus yang lebih positif dan inklusif.

Seramai 148 orang peserta dan 49 ahli jawatankuasa telah menyertai program ini yang terdiri daripada 137 pelajar UTM dan lain-lain yang terdiri daripada kakitangan UTM, orang awam, dan juga peserta antarabangsa.

Program dimulakan dengan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Prof. Sr Dr. Kherun Nita Binti Ali, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur diiringi oleh Assoc. Prof. LAr. Dr. Sapura Bt Mohamad, Timbalan Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur dan Sr Dr Muzani Bin Mustapa, Ketua Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina dan Ukur.

Program Fabulous Colour Run memberikan dorongan kepada peserta untuk aktif serta membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan mental.

Secara tidak langsung, program kolaborasi ini merupakan satu inisiatif untuk kedua-dua persatuan bagi mencungkil bakal dalam mengendalikan sesuatu program dan memupuk semangat kerjasama untuk menjayakan program ini.

Program ini merangkumi aktiviti dengan pendekatan yang berbeza, tetapi mempunyai matlamat yang sama, iaitu bidang kesukanan dan kesihatan.

Aktiviti telah dianjurkan dan diadakan dalam usaha menarik minat dalam bidang kesukanan, baik dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi mahupun orang awam.

Akhir sekali, diharapkan program ini dapat mencapai visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam meningkatkan kesedaran tentang kesihatan yang lebih baik serta mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang melibatkan Kesejahteraan Hidup yang Sihat dan Kesetaraan Gender.

Gimik perasmian yang telah disempurnakan oleh Prof. Sr Dr. Kherun Nita Binti Ali, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur diiringi oleh Assoc. Prof. LAr. Dr. Sapura Bt Mohamad, Timbalan Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur.

Para peserta yang terdiri daripada pelbagai fakulti memulakan larian di Tempat Parking B11, FABU.

Penyampaian hadiah kepada 5 peserta terawal kategori lelaki yang disampaikan oleh Sr Dr Muzani Bin Mustapa, Ketua Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina dan Ukur diiringi oleh Puan Fuziah Binti Ismail, Penasihat Persatuan Ukur Bahan dan Pembinaan (QS-BINA).

Penyampaian hadiah kepada 5 peserta terawal kategori wanita yang disampaikan oleh Sr Dr Muzani Bin Mustapa, Ketua Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina dan Ukur diiringi oleh Dr Wee Siaw Chui, Penasihat Persatuan Pengurusan dan Penilaian Harta Tanah (PEHARTA).

Sesi memanaskan badan sebelum memulakan acara larian.

Para peserta menghabiskan larian dengan bersemangat.

Sepanjang majlis penutup program.

Sesi “Splash the Colour” di Padang Ragbi, UTM.

 

Oleh: Siti Adibah Binti Mohamad Basar

Explore More