Mei 9, 2024

Search
Close this search box.

Program kesedaran pencegahan dadah anjuran pelajar UTM bantu komuniti Taman Universiti

JOHOR BAHRU, 27 Mei ­– Program “Lebih Baik Cegah! Pencegahan Dadah Bermula di Rumah” telah diadakan pada 27 Mei 2023 bertempat di Sekolah Agama Taman Universiti, Johor Bahru.

Program tersebut merupakan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai oleh Nuha Tasnim binti Yazid, selaku pengarah program bersama pelajar-pelajar lain daripada kursus UKQF2392 Pendidikan Pencegahan Dadah.

Program ini juga disokong oleh Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) UTM dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor.

Program iniberjaya mencapai matlamatnya iaitu memberi kesedaran tentang penyalahgunaan dadah kepada komuniti yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, ibu bapa dan guru-guru yang berada di kawasan program yang juga telah dikenal pasti mempunyai bilangan penglibatan yang tinggi dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Program tersebut bermula dengan majlis perasmian yang telah dihadiri oleh Ustazah Norlaila binti Bornawi yang merupakan guru besar Sekolah Agama Tafrijiyyah Taman Universiti, Encik Sharuddin bin Mohamad Maidin yang merupakan pegawai Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK), saudara Syed Azli bin Syed Putra yang merupakan presiden kelab PEMADAM UTM dan juga Puan Ruminah binti Ismail yang merupakan pensyarah kokorikulum bagi kursus UKQF2392 Pendidikan Pencengahan Dadah UTM.

Program tersebut diteruskan dengan sesi perkenalan dan diterusi dengan pameran anti-dadah dan permainan interaktif anti-dadah. Pelbagai aktiviti berkumpulan juga telah diadakan seperti “Aktiviti Explorace Berkumpulan” dan “Aktiviti Menyediakan Ruang Informasi Anti-dadah”.

Selain itu, taklimat anti-dadah “Lebih Baik Cegah” juga diadakan. Pelajar juga mendapat peluang untuk menonton tayangan video dan menjawab kuiz anti-dadah.

Program ini telah berjaya mendapat penyertaan daripada lebih 70 pelajar sekolah, ibu bapa dan guru-guru.

Penganjuran program oleh pelajar kursus UKQF2392 Pendidikan Pencegahan Dadah bersama PEMADAM dan AADK Negeri Johor ini telah berjaya mencapai agenda untuk memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar sekolah dan komuniti berkaitan dengan apa itu dadah dan kemudaratan pengambilannya.

Explore More