Mei 6, 2024

Search
Close this search box.

PERTISAS UTM curah bakti santuni Duyufurrahman 1444H/2023M

SENAI, 6 Jun – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS) UTM bersama-sama petugas-petugas daripada Lembaga Tabung Haji (TH), pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta pasukan sukarelawan pelajar UTHM telah terlibat dalam Operasi Haji Tanah Air (OHTA) 1444H/2023M Stesen Senai Johor untuk Fasa 1 bermula 30 Mei sehingga 6 Jun 2023 yang lalu.

Dengan kekuatan seramai 71 orang petugas dan sukarelawan; masing-masing 11 orang petugas masing-masing daripada TH dan RELA, 34 orang pelajar subjek Ko-Kurikulum Umrah dan Haji daripada UTHM serta 15 orang sukarelawan daripada UTM, OHTA Stesen Senai kali ini diketuai oleh Tuan Haji Abu Shukor bin Jangga, Pengarah Lembaga Tabung Haji Johor, manakala sukarelawan daripada UTM telah diketuai oleh Tuan Haji Md Yani bin Kasiren, Exco Biro Kebajikan PERTISAS.

Pasukan sukarelawan daripada UTM telah disertai oleh Exco PERTISAS serta kakitangan UTM daripada Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Pusat Islam, Fakulti Komputeran serta seorang pelajar pascasiswazah.

Sesi taklimat daripada Tabung Haji sebelum operasi bermula.

Seramai kira-kira 2,000 orang jemaah dengan sekitar 140 orang jemaah setiap hari telah melapor diri dan berangkat daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (dikenali sebagai Stesen Senai) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke Madinah atau Jeddah.

Sebanyak 14 penerbangan daripada Stesen Senai sepanjang lapan hari operasi dengan purata dua penerbangan setiap hari telah dijadualkan.

Penerbangan pertama daripada Stesen Senai (KT0037J) pada 30 Mei 2023 adalah pada jam 7.25 petang dan penerbangan terakhir daripada Stesen Senai (KT0067J) pada 6 Jun 2023 adalah pada jam 8.25 malam.

Rombongan jemaah daripada penerbangan pertama daripada Stesen Senai telah selamat tiba di Madinah pada kira-kira jam 9.00 pagi waktu Malaysia, seperti yang telah dimaklumkan petugas haji di Madinah, yang juga merupakan Pegawai Kaunseling di Pusat Kaunseling UTMJB dan Timbalan Presiden (Hal Ehwal Wanita) PERTISAS, Puan Hajah Noor Hadayah Haji Ahmad.

   

Para petugas dan sukarelawan sedang menyantuni Duyufurrahman.

       

Antara kakitangan UTM yang bertuah dijemput sebagai Duyufurrahman 1444H/2023M yang melapor diri di Stesen Senai; dari kanan atas Prof. Dr. Wan Azelee Wan Abu Bakar, En. Ahmad Shazli Abdarahim dan Prof. Dr. Abd. Rahim Yacob; bawah dari kanan mantan Pendaftar UTM En. Abdul Razib Shahuddin dan En. Mohd Fazilah Abdullah serta isteri beliau, Puan Rashidah Ali.

 

Explore More