Mei 20, 2024

Search
Close this search box.

Pertemuan delegasi UTM dan JSJ PDRM D10 & D13 perkukuh peranan Makmal Satelit Forensik Geospatial (MSFG)

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Satu mesyuarat di antara ahli Makmal Satelit Forensik Geospatial (MSFG) bersama Jabatan Siasatan Jenayah PDRM D10 & D13 telah diadakan di Makmal Forensik PDRM D10, Cheras.

Ahli mesyuarat yang terlibat : MSFG UTM-PDRM, D10/D13 PDRM dan wakil Geodelta Sdn. Bhd.

Delegasi UTM Johor Bahru, Johor dihadiri oleh Pengarah MSFG, Sr Dr. Mohd Farid Mohd Ariff dengan ditemani rakan-rakan penyelidik MSFG, Sr Ts Dr. Mohd Faisal Abdul Khanan, Encik Mohd Faizi Mohd Salleh, Encik Anuar Aspuri, Encik Ahmad Firdaus Razali dan Encik Yap Wei Kang (SUKSIS).

Delegasi UTM diketuai oleh Sr Dr. Mohd Farid Mohd Ariff (Pengarah MSFG).

Manakala pihak PDRM diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (D10) JSJ, SAC Mohd Razali Mohd Idrus, ACP Ts. Dr. Mohd Hakim Hashom; Ketua Penolong Pengarah (D13) JSJ, ACP Muhammad Zulkifly Mohd Isa; Supt. Mohd Hazazi Othman, ASP Mohamad Nizam Husain dan bersama-sama pegawai kanan D10/D13 PDRM yang lain.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh rakan industri daripada Geodelta Systems Sdn. Bhd., Encik Razak Wong Chen Keng.

Pelbagai agenda dan isu dibangkitkan semasa mesyuarat berkaitan penggunaan Teknologi Geospatial di dalam bidang Forensik (CSI).

Intipati mesyuarat melibatkan pelaporan aktiviti yang telah selesai dilaksanakan bagi suku pertama/kedua bagi tahun 2023 dan persediaan aktiviti seterusnya bagi suku ketiga/keempat bagi tahun 2023 serta tahun 2024.

Turut dibincangkan adalah perancangan awal membangunkan pangkalan data forensik (CSI) & maklumat kes, pemusatan data dan keseragaman penggunaan teknologi di antara UTM, PDRM (D10/D13) dan industri luar.

Secara dasarnya penyelidikan akan memfokuskan penggunaan Teknologi Geospatial secara optimum dalam bidang Forensik, iaitu siasatan tempat kejadian jenayah (Crime Scene Investigation@CSI).

Bidang-bidang geospatial merangkumi teknologi pemetaan & pengukuran Fotogrametri (Photogrammetry), LiDAR ataupun dikenali sebagai Pengimbas Laser 3 Dimensi, Geographic Information System (GIS), Sistem Penentududukan Sejagat (Global Positioning System@GPS) dan Penderiaan Jauh (Remote Sensing).

Selain itu, elemen penyelidikan juga akan melibatkan penggunaan peralatan dan teknologi visualisasi terkini seperti Realiti Maya (Virtual Reality@VR) dan juga Augmented Reality (AR).

Selain itu, pihak Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) melalui MSFG UTM-PDRM telah diberikan kepercayaan oleh pihak PDRM D10/D13 untuk sama-sama membangunkan Pangkalan Data Forensik (CSI) dan Maklumat Kes. Usaha ini dilihat selari dengan “tagline” UTM iaitu Menginovasi Penyelesaian (Innovating Solutions).

Cadangan rekabentuk pangkalan data yang akan dibangunkan bersama.

Sebagai langkah awal dan juga persediaan, satu program kesedaran dan pemindahan teknologi akan dilaksanakan di MSFG, FABU UTM Johor Bahru selama 3 hari pada bulan Ogos 2023.

Program yang dimaksudkan adalah bengkel (hands-on) yang bertajuk “From Photographer to Photogrammetrist” akan didedahkan kepada beberapa orang pegawai kanan PDRM yang berkaitan. Bengkel ini akan melibatkan penyertaan dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D10/D13 Bukit Aman dan juga kontinjen Johor.

SUPT Hazazi bersama pegawai kanan PDRM D10/D13 sedang rancak bersembang bersama Pengarah MSFG dan wakil industri semasa menghantar pulang.

Sebelum berakhirnya mesyuarat, beberapa cadangan tindakan telah diutarakan oleh kedua-dua pihak bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dan penerbitan.

Ini penting bagi memastikan kualiti penyelidikan yang berinovasi, yang berimpak tinggi dan juga bagi tujuan keterlihatan (visibility) kerjasama antara semua pihak yang terlibat.

Explore More