Mei 19, 2024

Search
Close this search box.

GEORGETOWN, 27 Jun – Pelajar Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi membuktikan bakat yang dimiliki tidak pernah luntur dalam menggenggam kecemerlangan akademik.

Ini dibuktikan melalui kejuaraan berganda dalam Pertandingan Festival Kesenian Zapin 2023 (FEKAZ) dan Pertandingan Teater Ceritera Murba 2023 yang berlangsung Universiti Sains Malaysia (USM) selama dua hari bermula 25 Jun 2023.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof Dr Shamsul Sahibuddin, “Pembangunan pelajar holistik dan berimpak tinggi merupakan salah satu agenda strategik utama universiti di bawah enVision UTM 2025.”

“Kemenangan ini membuktikan bahawa pelajar UTM yang berlatarbelakangkan bidang kejuruteraan juga turut didedahkan dengan aktiviti pembangunan pelajar bagi mengasah bakat seni dan kreativiti di kampus.”

“Ia selari dengan hasrat dan harapan YBM Menteri Pendidikan Tinggi  dalam amanat tahun 2023 yang telah menekankan konsep ‘High Tech, High Arts dan High Touch’.”

“Secara tidak langsung, aktiviti dan kemenangan ini dapat membentuk karakter dan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar UTM,” tambah beliau lagi.

Kumpulan Tarian Citra Daksina yang mewakili UTM menjuarai Pertandingan Festival Kesenian Zapin FEKAZ, manakala kumpulan Teens N Theatre mengungguli Pertandingan Teater Ceritera Murba.

Walaupun kedua-dua kumpulan berentap di arena berbeza, kedua-duanya menunjukkan semangat juang yang tinggi dan persembahan yang bertenaga sepanjang acara ini berlangsung.

Selain muncul sebagai juara keseluruhan, Kumpulan Tarian Citra Daksina turut menggondol kemenangan bagi kategori Anugerah Busana Terbaik dan Anugerah Koreografi.

Dalam pada itu, Kumpulan Peterana pula turut memenangi kategori Pelakon Terbaik dan Sinografi Terbaik selain menjadi juara keseluruhan bagi pertandingan teater.

Pertandingan ini mendapat penyertaan daripada Universiti Awam (UA) Malaysia antaranya Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan juga Universiti Pendidikan Sultan Idris selain USM sebagai tuan rumah.

Kredit gambar: HEPA USM & HEP UTM

Explore More