November 22, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar SPACE Kejuruteraan Geomatik kongsi ilmu astronomi bersama murid AITAF

IJOK, 25 Jun – Pelajar Separuh Masa (SPACE) Sarjana Muda Geomatik dengan Kepujian, Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM telah menganjurkan program Pembelajaran Servis yang bertajuk “Perkongsian Ilmu Astronomi Lapangan: Exploring Solar System and The Sun” di Akademi Integrasi Tahfiz Al Falah (AITAF), Ijok, Selangor.

Tujuan program ini adalah untuk melibatkan pelajar dengan aktiviti yang menjurus kepada masyarakat. Di samping itu dapat membantu membangunkan kemahiran akademik dan komitmen para pelajar terhadap pembangunan pengetahuan.

Sementara itu, objektif program pula adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengorganisasi maklumat berkait astronomi lapangan.

Program ini melibatkan aktiviti perkongsian ilmu astronomi kepada warga AITAF supaya dapat menambah pengetahuan ilmu baru kepada mereka berkaitan ilmu astronomi.

Seramai 100 orang peserta telah terlibat dengan program ini dan dibantu oleh seramai sepuluh orang fasilitator daripada pelajar SPACE, Kejuruteraan Geomatik, UTMSpace, UTM.

Para pelajar UTM telah dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi menjayakan program ini.

Program ini dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu oleh dua orang pelajar SPACE yang mewakili kumpulan masing-masing. Selepas itu, peserta telah didedahkan dengan kaedah penandaan arah kiblat menerusi aktiviti demontrasi penandaan arah kiblat dan diakhiri dengan permainan kuiz.

Slot Perkongsian Ilmu Astronomi oleh wakil pelajar Kumpulan 1.

Slot Perkongsian Ilmu Astronomi oleh wakili pelajar Kumpulan 2.

Perkongsian Ilmu Astronomi oleh Saudara Khairul Nizam dari UTMSpace.

Para peserta sedang mendengar perkongsian ilmu yang disampaikan oleh wakil pelajar UTM.

Peserta sedang menjawab soalan kuiz.

Para peserta sedang menjawab soal selidik.

Bak kata-kata Ali Bin Abi Thalib “Ilmu akan menghidupkan jiwa”, program ini menerapkan unsur keempat Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu quality education yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu astronomi kepada pelajar AITAF yang dahagakan ilmu astronomi ini.

Program ini diharapkan dapat mendedahkan para peserta untuk terus meneroka ilmu astronomi ini dan mencari keunikannya. Agar ilmu astronomi ini sentiasa dalam penerokaan ilmu pengetahuan di sepanjang hayat mereka.

Para peserta telah memberikan maklumbalas yang sangat baik terhadap program ini dan mereka mengharapkan ada kesinambungan program ini pada masa hadapan.

Program ini dapat mengeratkan lagi jalinan mesra antara UTM dengan warga AITAF, sekaligus mempromosikan UTM sebagai salah satu institusi pengajian yang menjadi pilihan mereka.

Di samping itu, para pelajar SPACE, UTM juga mampu meningkatkan lagi kemahiran komunikasi serta kerja berpasukan selaras dengan ‘UTM Graduates Student Attributes’ khususnya bagi para pelajar Kejuruteraan Geomatik di Fakulti Alam Bina dan Ukur.

Pihak penganjur juga merakamkan sekalung penghargaan kepada Fakulti Alam Bina dan Ukur yang telah membantu menjayakan program ini.

Oleh: Othman Zainon

Explore More