Mei 17, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Kejuruteraan Geomatik semak arah kiblat Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU, 19 Jun – Pelajar Tahun Empat (4) Sarjana Muda Geomatik dengan Kepujian, Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM telah menjayakan aktiviti semakan arah kiblat di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI).

Aktiviti penandaan arah kiblat ini telah bermula sejak tahun 2016 lagi dengan kerjasama Masjid Sultan Ismail dan Pusat Islam UTM.

Lebih 30 ruang solat di pusat tanggungjawab (PTJ) telah disemak dan dibetulkan arah kiblat masing-masing. Aktiviti ini telah dilaksanakan atas beberapa aduan dan permintaan beberapa PTJ di BCSI yang ragu-ragu dengan tanda arah kiblat yang sedia ada di PTJ masing-masing.

Seramai lapan orang pelajar di bawah penyeliaan Sr. Dr. Othman bin Zainon yang mengambil kursus ilmu falak syarie telah membantu menjayakan aktiviti ini berasaskan ilmu penandaan arah kiblat yang telah mereka pelajari dalam kursus tersebut.

Sebanyak 6 ruang solat di 3 PTJ iaitu Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa serta Penjabat Pendaftar telah disemak dan ditanda arah kiblat yang betul.

Aktiviti semakan dan pengesahan arah kiblat ini sememangnya perlu dilaksanakan agar ibadah solat seseorang lebih yakin.

Pelajar sedang melaksanakan proses penandaan semula arah kiblat di Pejabat Pendaftar.

Sesi bergambar bersama staf Pejabat Pendaftar setelah selesai aktiviti penandaan arah kiblat.

 

Pelajar telah menanda arah kiblat di Pejabat Pendaftar.

Pelajar telah menyemak dan menanda arah kiblat di Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

Sesi bergambar pelajar bersama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

Oleh: Othman Zainon

Explore More