November 22, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 8 Jun  Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan program tahunan yang dikenali Open Day Resak 2023 (OPERA ’23).

Majlis ini dihadiri oleh beberapa tetamu jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib, Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi Malaysia, dan Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli Bin Hj. Ali Khan, Pengetua KTDI serta barisan majlis felow dan warga KTDI.

 

Tidak kurang seramai lebih 200 orang yang terlibat dalam program OPERA’23 yang terdiri dalam kalangan majlis felow, krew-krew OPERA’23, dan para pelajar KTDI UTM yang mana turut hadir dan menyokong program yang dijalankan oleh kolej.

Nabi bersabda: Barang siapa ingin dipanjangkan umurnya, dilapangkan rezekinya dan dihindarkan daripada kematian yang buruk maka hendaknya dia bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturahim (tali persaudaraan). – [HR Ahmad 1150].

 

Program ini juga mengutamakan dan mementingkan hubungan silaturrahim yang dieratkan antara warga KTDI dan UTM serta menimbulkan kegembiraan kepada mereka yang menjayakan program OPERA’23.

#RESAKHOMECOMING
#OPERA’23
#KTDI4UTM

Explore More