Mei 20, 2024

Search
Close this search box.

Mahasiswa UTM dan ITS pupuk semangat murid sekolah di Surabaya untuk sambung belajar

SURABAYA, 22 Mei – Ayo Kuliah merupakan satu sub program yang dibawah program U-International Surabaya (UIS’ 23) anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak (JKM KTR) sesi 2022/2023.

Ayo Kuliah telah berlangsung pada 22 Mei 2023 di 16 buah sekolah menengah Surabaya  termasuklah SMKN 2 Buduran Sidoarjo, SMKN 3 Surabaya, SMK Dharma Bahari, MA Amanatul Ummah Surabaya, SMK Islam Al-Aman Surabaya, SMAN 21 Surabaya, SMA Kertajaya Surabaya, SMA Trimurti Surabaya, Sekolah Alam Insan Mulia (SAIM) Surabaya, SMA Kartika Wijaya, SMA Al Hikmah Surabaya, SMKN 8 Surabaya, SMKN 2 Surabaya, SMKN 7 Surabaya serta SMA dan SMK Barunawati Surabaya dengan kerjasama Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS).

Seramai 64 orang peserta menyertai program ini yang terdiri daripada 32 orang JKM KTR dan juga 32 orang pelajar ITS. 64 orang peserta tersebut telah dibahagikan kepada 16 kumpulan di mana satu kumpulan terdiri daripada 2 orang JKM KTR dan 2 orang pelajar ITS.

Melalui program ini, pelajar sekolah menengah di Surabaya mendapatkan info mengenai ITS dan UTM serta pelbagai program pengajian yang ditawarkan.

Mereka juga dapat membandingkan pilihan program pengajian yang ditawarkan berdasarkan kelayakan akademik pelajar serta memberikan idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan hala tuju yang jelas berkenaan pengajian dan karier pelajar.

Ia juga dapat membantu pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dan berpeluang bersoal jawab serta mendapatkan nasihat tentang pemilihan program pengajian yang merupakan objektif bagi program ini.

Sesi pembentangan delegasi UTM.
Sesi soal jawab

Penganjuran Ayo Kuliah yang berlangsung selama 3 jam ini sedikit sebanyak dapat menarik minat pelajar dan meluahkan hasrat mereka untuk melanjutkan pelajaran ke universiti yang asalnya mereka tidak mempunyai perancangan tersebut.

Para guru khususnya pengetua sekolah berpeluang untuk bertanya soalan berkenaan syarat-syarat kemasukkan ke dua buah universiti berkenaan agar dapat mempersiapkan pelajar dari segi akademik dan dokumentasi. Program berakhir dengan sesi bergambar bersama pelajar dan penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah.

Penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah

Explore More