Mei 5, 2024

Search
Close this search box.

Mahasiswa tahun 3 Kejuruteraan Geomatik anjur pertandingan peta kreatif

JOHOR BAHRU, 26 Jun – Peta ialah satu lakaran grafik yang memberi maklumat tentang kewujudan, lokasi dan jarak di antara objek yang ada di permukaan bumi. Peta yang baik harus mempunyai warna, simbol dan label bagi menunjukkan ciri-ciri yang terdapat atas permukaan bumi.

Oleh itu, bagi membolehkan peta memberi maklumat untuk manusia membuat perancangan perjalanan dan perhubungan, maka proses penghasilan peta perlulah dihasilkan dengan kreativiti yang tinggi.

Salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Geomatik dengan Kepujian, Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM yang mengambil kursus Unjuran Peta ialah menganjurkan Pertandingan Peta Kreatif.

Sebanyak 19 lembaran peta kreatif dengan pelbagai tema telah dihasilkan para pelajar secara berkumpulan. Peta yang dihasilkan kesemua pelajar Kejuruteraan Geomatik adalah amat baik dan sangat kreatif dengan gabungan warna dan simbol serta pengetahuan elemen kartografi yang baik.

Kesemua kumpulan pelajar telah membuat pembentangan yang terhadap peta yang dihasilkan. Penilaian pertandingan ini telah diketuai oleh Sr. Dr. Othman Bin Zainon dan dibantu oleh Dr. Aimi Binti Musa dan Sr. Dr. Kelvin Tang Kang Wee.

Tiga pemenang telah dikenalpasti untuk mewakili UTM pada peringkat seterusnya.

Dr. Kelvin membuat penilaian kepada salah satu poster yang bertanding.

Ketua Panel  Juri, Dr. Othman Bin Zainon mebuat penilaian kepada salah satu peta yang dipertandingkan.

Dr. Aimi Musa membuat penilaian pada peta kumpulan 1.

Dr. Kelvin bersoal jawab bersama wakil kumpulan pelajar.

  

Johan Pertandingan Peta Kreatif Program Kejuruteraan Geomatik.

Tempat kedua Pertandingan Peta Kreatif Program Kejuruteraan Geomatik.

Tempat ketiga Pertandingan Peta Kreatif Program Kejuruteraan Geomatik.

Explore More