April 27, 2024

Search
Close this search box.

KTHO serlah semangat kebersamaan antara mahasiswa menerusi inisiatif sumbangan alat tulis sempena peperiksaan akhir semester

JOHOR BAHRU, 23 Jun – Program Onn Finals: Daripada Siswa Kepada Siswa telah dijalankan pada 19 Januari dan 23 Jun 2023 sebagai sebahagian aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO).

Program dua penggal ini bertujuan untuk memberi sumbangan alat tulis kepada warga KTHO dan ia diserahkan dua minggu sebelum peperiksaan akhir bagi kedua-dua semester tiba.

Set alat tulis termasuk pen biru dan hitam, pita pembetulan, pensel dan penyerlah telah diagihkan di L01, KTHO.

Inisiatif ini mendapat sambutan yang positif dari penguni KTHO dengan sejumlah 170 set alat tulis telah diedarkan bagi kedua-dua semester.

Para pelajar KTHO beratur untuk menerima set alat tulis
Antara penerima alat tulis bagi sesi penyerahan semester 2

Diharapkan inisiatif ini dapat meningkatkan semangat warga KTHO dalam menduduki peperiksaan dengan jayanya. JKM KTHO juga berharap idea memberi dan berkongsi ini akan menjadi lambang kebersamaan bagi warga KTHO.

Pemberian set alat tulis ini juga diharapkan dapat menjadi alternatif dalam membantu mereka yang tidak mampu membeli barang keperluan untuk persiapan peperiksaan akhir semester.

Oleh: Shalini Nursharofika binti Sahrof (JKM KTHO) & Siti Nur Fatin Hakimah binti Ibnuzaman (penyunting)

Explore More