Mei 4, 2024

Search
Close this search box.

Kerjasama UTM dan PERKIM jayakan inisiatif penandaan arah kiblat

IJOK, 25 Jun – Arah kiblat penting kepada umat Islam kerana banyak kewajipan dan sunnah ibadah perlu menghadap ke arah Kaabah.

Arah kiblat berbeza mengikut lokasi tempat yang dikehendaki, walaupun kedudukannya terletak di zon yang sama ia akan memberikan arah yang berbeza. Banyak isu dan kesalahan dalam penandaan arah kiblat tidak dibincangkan bersama masyarakat.

Oleh itu, program perkongsian ilmu ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kaedah penandaan arah kiblat yang betul perlu disebarkan kepada masyarakat.

Program ini telah dilaksanakan oleh kumpulan penyelidikan inovasi geomatic (GnG) yang diketuai oleh Gs Sr Dr Othman bin Zainon.

Kursus Astronomi dan Penandaan Arah Kiblat ini telah diadakan di Surau Akademik Integrasi Tahfiz Al Falah, Ijok, Selangor.

Kursus pemindahan ilmu ini telah disertai seramai 20 orang ahli PERKIM Bandar Tasik Puteri.

Kursus ini dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu falak dan diikuti aktiviti praktikal arah kiblat. Para peserta telah diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan aktiviti dilaksanakan.

Pada sesi praktikal, para peserta telah ditunjukkan dan mempraktikan kaedah penandaan arah kiblat menggunakan kaedah Kompas matahari.

Majlis Penutupan kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Fitri Bin Abdullah, Pengerusi PERKIM Negeri Selangor Darul Ehsan.

Taklimat oleh urusetia kursus.

Slot perkongsian ilmu oleh Sr. Dr. Othman Bin Zainon.

Sr. Dr. Othman Bin Zainon berkongsi ilmu dengan para peserta.

 

   Peserta telah terlibat aktif dalam aktiviti hands-on tanda arah kiblat.

Explore More