Mei 10, 2024

Search
Close this search box.

ULU TIRAM, 15 Jun – Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM Johor Bahru telah menghantar dua orang peserta ke Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Kebangsaan 2023 (MPGPS 2023) yang telah diadakan pada 13 – 15 Jun 2023 bertempat di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor.

MPGPS 2023 merupakan acara tahunan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Majlis ini telah menghimpunkan lebih kurang 200 orang peserta yang mewakili Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPT dari seluruh negara.

Peserta yang mewakili GPS UTM Johor Bahru, Saudari Izzah binti Shahrul telah dinobatkan sebagai Peserta Wanita Terbaik MPGPS 2023  dengan membawa pulang sebuah trofi  dan wang tunai bernilai RM200.

Selain itu, Kelab GPS UTM Johor Bahru yang diwakili oleh Saudara Amirul Irfan bin Ahmad Sophian dan Saudari Izzah binti Shahrul telah meraih Naib Johan Pertandingan Video Tiktok Kepenggunaan sempena majlis tersebut dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM130.

Lebih membanggakan, dua orang Peserta GPS UTM Johor Bahru telah menjuarai Cabaran Intelektual Pengguna Gerakan Pengguna Siswa (CIP-GPS) Peringkat Kebangsaan 2023. Juara Cabaran CIP-GPS membawa pulang hadiah sebuah trofi, pingat dan wang tunai bernilai RM5000.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sempena Majlis Perasmian MPGPS 2023.

Kelab GPS UTM Johor Bahru juga telah dilantik sebagai Urus setia Bersama bagi menjayakan MPGPS 2023. Dengan kejayaan dan peranan utama yang diberikan, Kelab GPS UTM Johor Bahru yakin kerjasama yang wujud bersama pihak KPDN akan terus kukuh dan mampu membawa kelab ini ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Sehingga kini, Kelab GPS UTM Johor Bahru merupakan antara Kelab GPS yang paling aktif menganjurkan pelbagai program di negara ini

Explore More