November 10, 2024

Search
Close this search box.

JKM KTR pupuk nilai kemanusiaan dalam slot kerohanian UIS ’23

SURABAYA, 20 Mei – Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak (JKM KTR) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan program Slot Kerohanian U-International Surabaya 2023 (UIS ’23) di 16 Balai Raya di sekitar Kampung Mulyorejo, Kampung Sukolilo, Kampung Gubeng, Surabaya, Indonesia.

UTM telah bekerjasama dengan Institusi Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini. 

Seramai 64 orang peserta menyertai program ini yang terdiri daripada 32 pelajar UTM dan 32 pelajar ITS. Program ini dianjurkan bertujuan meningkatkan kualiti kerohanian, bakat kepimpinan dan hubungan diplomasi dalam kalangan pelajar di rantau ASEAN.

Pelajar juga berpeluang memberikan saguhati kepada 16 pihak balai raya iaitu 24 buah buku berjudul “165 Selawat” yang ditaja oleh Pusat Islam UTM. 

Walhasil, pelajar didedahkan tentang asas kepimpinan unggul selain mengasah kemahiran insaniah, mendidik dan mengajar serta mempamerkan nilai murni seiring dengan konsep Malaysia Madani sepanjang berada di sana.

Lokasi program dan kampung yang dipilih adalah berdekatan dengan ITS di Surabaya, Indonesia. Yang paling penting, pelajar mampu meningkatkan kualiti dan nilai jati diri serta menjadi duta kepelbagaian dan menggalakkan kepentingannya dalam membina tamadun yang gemilang apabila mereka pulang ke institusi masing-masing dan negara asal mereka. 

Kesimpulannya, program seperti ini memperi impak yang sangat besar kepada pelajar khususnya dalam membentuk jati diri, kerohanian, kepimpinan dan hubungan diplomasi seterusnya menjadi masyarakat yang bertamadun seiring dengan konsep Malaysia Madani yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim.

 

Gambar saguhati, Buku 165 Shalawat Nabi.

Oleh:  Muhammad Harith Akma Bin Amrul Haizar

 

 

Explore More