Mei 5, 2024

Search
Close this search box.

FSSH anjur program santai bersama Bank Negara Malaysia

JOHOR BAHRU, 25 Jun – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganjurkan Program “Sembang Santai with BNM” yang disampaikan oleh Penolong Governor BNM iaitu YBhg. Dr Norhana Endut.

Program ini turut disertai oleh 15 delegasi dari Bank Negara Malaysia.  Hadir bersama ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal-Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Siti Aisyah binti Panatik bersama 300 peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf UTM.

Dalam Program Sembang Santai ini, Dr. Norhana memberikan penerangan tentang peranan BNM dan jabatan-jabatan utama yang bertanggungjawab dalam memacu ekonomi dan sektor kewangan negara.

Di samping itu, beliau juga menjelaskan isu berkaitan penipuan atau scammer yang semakin berleluasa.

Dr. Norhana juga turut berkongsi peluang-peluang biasiswa dan kerjaya yang ditawarkan oleh BNM, termasuk Program Graduan Kijang.

Program ini menjadi lebih rancak apabila pelajar-pelajar bertanyakan soalan berkenaan penipuan (scam) yang juga melibatkan orang muda termasuklah pelajar-pelajar universiti sebagai sasaran.

Pihak BNM memberikan contoh jenis-jenis penipuan yang berlaku dan cara-cara mengenali penipuan tersebut.

Lebih menarik lagi, pihak BNM juga membincangkan bahaya dan akibat sekiranya didapati terlibat dengan menjadi pemegang ‘akaun keldai’ untuk skim penipuan yang berleluasa pada masa kini.

Selain itu, BNM juga memberikan tips kewangan kepada orang muda dalam sesi tersebut.

Mereka berkongsi strategi pengurusan kewangan, pentingnya membuat perancangan kewangan yang baik, serta mempelajari kemahiran pengurusan hutang dan pelaburan.

Tips ini bertujuan untuk membantu orang muda mengambil keputusan kewangan yang bijak dan menjalani kehidupan kewangan yang sihat.

Program ini berjaya mencapai matlamatnya dan dalam ucapan penutup, Prof. Dr. Siti Aisyah binti Panatik selaku Timbalan Dekan (Akademik dan Hal-Ehwal Pelajar) mengharapkan agar kerjasama antara UTM dan BNM dapat diteruskan pada masa hadapan.

Oleh: Dr. Nurul Farhana Mohd Noordin, Dr. Ruzanna Shahrin dan Prof. Dr. Siti Aisyah binti Panatik

Explore More