Disember 22, 2024

FIGURA ’23 disambut meriah warga KTR, berjaya tarik perhatian komuniti sekitar UTM

Oleh: Hemnaarth A/L Tanakaran, Nor Shahira bt. Ederose @ Idrus, Heri Mullya Riski bin Alfian, Muhammad Hazeeq Akmal bin Fuad, Chuang Le Tian dan Wan Nor Asyikin binti Wan Ahmad

JOHOR BAHRU, 11 Jun – Fiesta Gegar Razak 2023 (FIGURA ’23) telah dianjurkan pada 3 Mei hingga 10 Jun 2023 dan kemuncaknya telah berlangsung 8 Jun hingga 10 Jun 2023.

FIGURA ’23 merupakan sebuah program yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak (JKM KTR) sesi 2023/2023 yang diketuai oleh Saudara Heri Mullya Riski bin Alfian, EXCO Keusahawanan JKM KTR 22/23 yang merupakan pelajar tahun 1 di Fakulti Sains UTM, mengambil jurusan Sarjana Muda Sains (Matematik).

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UTM kepelbagaian aktiviti dan suasana di luar waktu pembelajaran. Program ini telah dikendalikan dengan melibatkan semua kelab-kelab yang ada di KTR dan dengan kerjasama para pelajar KTR.

FIGURA’23 telah dianjurkan dengan konsep festival dimana telah menjadi salah satu program signature tahunan oleh Tun Razak.

Setiap aktiviti yang telah dianjurkan adalah bertujuan untuk menjadi platform atau medium perhubungan dan perantaraan bagi para pelajar membuang rasa tekanan atau stress terhadap pembelajaran dan mencipta semula suasana yang meriah melalui setiap aktiviti yang akan dianjurkan.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh ahli jawatankuasa FIGURA ’23 telah dijalankan secara fizikal dan secara atas talian.

Program ini juga bertujuan untuk memfokuskan pembangunan dan pemerkasaan pelajar melalui program pelbagai genre dengan menggalakkan mahasiswa berinteraksi di antara satu sama lain secara bersemuka setelah sekian lama berkomunikasi melalui dalam talian sejurus menjadi spark kepada pelajar untuk berani berhadapan dengan dunia sosial di luar. Secara tidak langsung, jaringan rangkaian para pelajar akan meluas.

Justeru itu, pembangunan holistik pelajar dapat dijamin dan dicapai melalui kepelbagaian program yang dianjurkan serta meningkatkan daya kepimpinan pelajar.

Terdapat juga elemen-elemen dalam penganjuran program yang diharapkan yang mampu bantu memastikan kesejahteraan para pelajar.

Pada masa yang sama, tujuan FIGURA ’23 adalah untuk meningkatkan keterlihatan Kolej Tun Razak secara amnya dan UTM secara umumnya, kepada warga yang berada di dalam dan di luar kampus.

Program telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib, Pengarah, Bahagian Aktiviti Pembanguan Pelajar, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) pada 8 Jun 2023, Khamis, 8.30 malam.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh, En. Arman bin Md Yassin, Timbalan Pendaftar JTNCHEP, Pengetua KTR, Dr. Norhanim Binti Abdul Samat, En. Abdul Rahman bin Mohd Jamadi, Pengasas AJ Geeks Sdn. Bhd. yang merupakan penaja utama program serta seluruh Majlis Felow KTR, JKM KTR Sesi 22/23 dan pelajar-pelajar lain.

Majlis Perasmian dan Slot Kerohanian FIGURA’23

FIGURA’23 juga merupakan aktiviti yang menerapkan elemen penjanaan kewangan dan keusahawan dalam kebanyakan program-program yang dijalankan dibawah naungan program induk.

Selain itu, terdapat juga pelbagai program bual bicara dan ceramah yang telah dianjurkan. Semua program adalah hasil idea, gerak kerja dan pelaksanaan sepenuhnya oleh para pelajar. Program-program tersebut adalah seperti berikut: –

Bil. Program Bual Bicara/ Ceramah/ Khidmat Masyarakat/ Hiburan Program Penjanaan Kewangan/ Keusahawan/ Sukan/ e-Games
1. Majlis Perasmian Bazar FIGURA’23

*Pengusaha orang awam/ orang luar (18)
*Pengusaha pelajar UTM (6)

2. Sesi Kerohanian Valorant Tournament
3. Entrepreneurship Talk Mobile Legend Tournament
4. Ceramah Kesukarelawan Bersama Islamic Relief Malaysia Arcade Arena
5. Program Derma Darah Frisbee Tournament
6. Kempen Ikrar Derma Organ Creepy Hostel
7. Konsert FIGURA’23 Escape Room
8. Enggang Games
9. Senam Robik
10. Razak Got Talent
11. Neocean Run
Aktiviti menarik sepanjang FIGURA’23

Justeru, telah menjadi tanggungjawab dan keutamaan pihak penganjur bagi menarik high volume pengunjung ke FIGURA’ 23 untuk memastikan semua program mendapat sambutan yang baik, biar dari segi kehadiran mahupun penyertaan.

Hal ini juga, dapat menyumbang secara langsung kepada penjanaan kewangan seperti yang telah dirancang. Selain itu, pihak penganjur telah mengambil inistiaf untuk menganjurkan program yang mempunyai daya tarikan yang tinggi supaya menarik minat pengunjung dari dalam dan luar UTM dan pada masa yang mengunjungi gerai-gerai di Bazar FIGURA’23 serta membantu pendapatan pengusaha-pengusaha gerai.

Pengusaha-pengusaha gerai bazar terdiri daripada orang kuar UTM dan pelajar UTM. Program-program berdaya tarikan yang tinggi adalah seperti berikut: –

  1. Slot Kerohanian
    • telah dijalankan pada 8 Jun 2023, Khamis, 8.30 malam. Program ini berasaskan kerohanian dan telah disampaikan oleh Ustaz Da’I Azam Al Kankari, Pendakwah Bebas.
  2. Razak Got Talent
    • telah dijalankan pada 9 Jun 2023, Jumaat, 8.30 malam. Program berasaskan talent show yang disertai oleh pelajar-pelajar UTM sahaja.
  3. Konsert FIGURA’23
    • telah dijalankan pada 10 Jun 2023, Sabtu, 8.30 malam. Program berbentuk hiburan nyanyian oleh artis tanah air.
    • 3 orang artis telah dijemput: –
      • Mohamad Afiq Haziq bin Adnan (Afiq Adnan)
      • Muhd Razmansyah Bin Rahman (Razmansyah)
      • Amirul Husyairi Bin Nani Sakam (Kucaimars)
Sorotan hari pertama, 8 Jun 2023, Khamis.
Sorotan hari kedua, 9 Jun 2023, Jumaat.
Sorotan hari ketiga, 10 Jun 2023, Sabtu.
Artis jemputan FIGURA’23

Untuk makluman, program FIGURA’23 ini telah mendapat kerjasama dan sokongan dana daripada pihak universiti berjumlah RM3,450.00 dan pecahan dana yang diperolehi adalah seperti berikut: –

  • RM2,500.00 daripada Pejabat Kolej Tun Razak UTM
  • RM450.00 daripada Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM
  • RM500.00 daripada Pusat Islam UTM

Namun begitu, kos penganjuran dan pelaksanaan FIGURA’23 secara keseluruhan mencecah jumlah lebih kurang RM15,000.00.

Lebihan kos itu telah ditanggung dengan kutipan sewa tapak bazar, kutipan yuran penyertaan serta daripada dana sumber tajaan yang dijana dan diperolehi hasil usaha para pelajar AJK penganjur FIGURA’23.

Para AJK penganjur juga telah berjaya menarik kunjungan pengunjung dan penyertaan yang ramai melalui promosi dan publisiti yang aktif serta penganjuran aktiviti yang menarik dan bermanfaat.

Penganjuran FIGURA’23 telah mendapat pujian ramai terutamanya daripada para peniaga bazar yang amat berpuas hati dengan bilangan pengunjung serta hasil jualan mereka sepanjang program.

Hampir kesemua peniaga mengatakan stok harian yang mereka sediakan habis dan barangan jualan sold out dihujung setiap hari, satu aspek pengukur pencapaian dan impak program yang amat membanggakan.

Akhir kata, program FIGURA’23 telah berlangsung dengan jayanya seperti yang telah dirancang tanpa sebarang kekangan atau permasalahan yang besar timbul.

Kejayaan ini juga hasil bantuan, sokongan dan kerjasama semua pihak secara langsung dan juga secara tidak langsung terutamanya Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Pejabat Kolej Tun Razak UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Pusat Islam UTM serta para penaja iaitu AJ Geeks Sdn. Bhd., Majlis Bandaraya Johor Bahru, Dapur Kak Sue, Al-Ikhsan Sports dan lain-lain yang amat dihargai.

Penghargaan juga dizahirkan kepada rakan kerjasama program Hospital Sultanah Aminah dan Islamic Relief Malaysia atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Barisan Ahli Jawatankuasa Penganjur FIGURA’23

Sekian.

Explore More