Mei 18, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel Pensetaraan Kursus Profesional ECS Libatkan Pakar Bahasa UTM dan Pemeriksa MUET

JOHOR BAHRU, 9 Jun – Bertempat di Capri by Fraser Hotel, Johor Bahru telah berlangsung Bengkel Pensetaraan Pemarkahan Ujian ECS 1002 Writing Assessment bagi Semester 2 2022/2023.

English Communication Skills for Graduating Students (ECS) adalah salah satu komponen di dalam Professional Skills Certificate (PSC) yang diwajibkan kepada semua mahasiswa UTM sebagai syarat penganugerahan graduan.

Seramai 29 peserta yang terlibat dalam bengkel ini terdiri daripada tenaga pengajar subjek Bahasa Inggeris daripada Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM dan juga sekolah menengah sekitar Negeri Johor yang merupakan pemeriksa Malaysian University English Test (MUET).

Prof. Dr. Anie binti Attan yang merupakan ketua pemeriksa untuk Ujian ECS 1002 Writing Assessment telah berkongsi kepakaran beliau sebagai fasilitator pertama.

Bengkel ini dianjurkan oleh Dr. Hema Rosheny binti Mustafa selaku pengurus MyLinE dan penyelaras ECS. Beliau dibantu oleh dua orang fasilitator yang merupakan guru bahasa di Akademi Bahasa, UTM dan juga ahli jawatankuasa ECS.

Bengkel yang diadakan secara bersemuka ini adalah bertujuan untuk mensetarakan permarkahan bagi Ujian ECS 1002 Writing Assessment yang telah dijalankan pada 6 Mei 2023 secara dalam talian menggunakan platform MyLinE (Online Resources for Learning in English) dan ECS4PSC.

Bagi  memenuhi objektif bengkel iaitu (i) melatih dan memantapkan kemahiran sebagai pemeriksa, (ii) menyelaraskan pengagihan markah Ujian ECS 1002 Writing Assessment. Bengkel ini dilaksanakan supaya penilaian dibuat dengan teliti, mengikut kaedah dan skema pemarkahan yang telah ditentukan.

Setiap semester, bengkel ini dikendalikan oleh UTM MyLinE Task Force dan sehingga kini, MyLinE telah berjaya menjalankan enam sesi Bengkel Pensetaraan Pemarkahan Ujian ECS 1002 Writing Assessment yang melibatkan 10, 500 skrip dalam talian pelajar tahun akhir dari 12 fakulti di UTM.

Oleh: Nurhidayah Reman, Dr. Hema Rosheny Mustafa, Nurul Na’immah Hamdan, Rika Diana Busri, Abd Rahim Ahmad  & Nur Syuhadah Rusni.

Explore More