April 26, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 22 Mei – Bersempena bulan Syawal pada kali ini, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) sesi 2022/2023 telah menganjurkan Program Hari Raya KTDI 2023 (RAYA’23).

Majlis ini dihadiri oleh Lt Kol Prof Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj Ali Khan, Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail bersama keluarga, Pegawai PALAPES UTM, barisan Majlis Felow KTDI, Staf KTDI serta barisan JKM KTDI sebagai tetamu jemputan bagi program ini.

   

Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:

مَن أحَبَّ أنْ يُبْسَطَ له في رِزْقِهِ، ويُنْسَأَ له في أثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Siapa yang suka untuk diluaskan rezkinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim.”

(Riwayat al-Bukhari)

     

Seramai lebih 400 penyertaan daripada pelajar KTDI yang menyertai program ini.

Pihak kolej mengambil peluang bagi meraikan bulan Syawal yang mulia ini sekaligus menjalin hubungan silaturahim bersama warga kolej.

Penglibatan daripada warga kolej secara tidak langsung dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

     

Ramadan telah pergi meninggalkan kita,
Syawal menjelma disambut gembira,
Salam lebaran untuk semua
Semoga kita mensyukuri nikmatNya.

#SalamLebaran #RayaKTDI’23 #KTDIJuara

Explore More