April 18, 2024

Search
Close this search box.

Wanita dalam kepimpinan

JOHOR BAHRU, 22 Mei– Kehadiran kepimpinan dalam kalangan wanita semakin dirasai dalam bidang keusahawanan, pengurusan dan pentadbiran, pendidikan, kejuruteraan, kesihatan  samada di peringkat serantau, kebangsaan mahupun di peringkat global.

Wanita kini mulai memecah ‘traditional glass ceiling’  yang menghalang mereka daripada memasuki jawatan kepimpinan walaupun mereka memiliki kemahiran dan bakat yang diperlukan. Pada zaman moden ini, penglibatan mereka semakin berkembang dan cemerlang merentasi spektrum luas aktiviti manusia.

Dunia telah menyaksikan kehebatan pemimpin-pemimpin wanita  yang tidak boleh dinafikan peranan dan penglibatannya serta impak yang diberi kepada masyarakat dan rakyat, antaranya Margaret Thatcher, Indira Ghandi, Hillary Clinton, Benazir Bhuto, Aung San Suu Kyi, Theresa May, Halimah Yacob, Oprah Winfrey dan lain-lain lagi.

Setiap organisasi memerlukan seorang pemimpin, tanpa mengira saiz dan fungsinya. Pemimpin di dalam sesebuah organisasi adalah individu yang mempengaruhi sekumpulan manusia untuk bekerja ke arah mencapai matlamat organisasi.

Ciri kepimpinan ialah keupayaan untuk mempengaruhi orang lain ke arah mencapai matlamat dan ke arah peningkatan. Berikut adalah antara ciri kepimpinan wanita yang memimpin di dalam sesebuah organisasi.

  1. Gaya Kepimpinan Transformasional

Pemimpin wanita lebih transformasi daripada pemimpin lelaki. Mereka sentiasa menjadi teladan kepada orang bawahan mereka. Mereka memberi inspirasi kepada pasukan mereka dan menghabiskan banyak masa melatih pasukan mereka.

Mereka sangat mengambil berat tentang perkembangan peribadi mereka. Pemimpin wanita menekankan kerja berpasukan dan komunikasi yang tulen sebagai kunci kejayaan.

  1. Berfokuskan Tugas

Pemimpin wanita sentiasa menumpukan kepada penyiapan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Dari sudut operasi, menyelesaikan tugas seharian adalah perlu untuk memastikan kelancaran  di dalam sesebuah organisasi.

Pemimpin wanita bukan sahaja dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan tetapi juga dapat menyiapkan dengan  detail dan sempurna.

  1. Bekerja dalam Suasana Kolegial

Pemimpin wanita lebih suka memimpin dan mencipta struktur organisasi yang rata yang membolehkan semua bekerja dalam suasana kolegial secara bersilang.

  1. Menggalakkan Budaya Bekerjasama

Pemimpin wanita menggalakkan budaya bekerjasama dalam kalangan ahli pasukannya. Mereka  memastikan semua ahli pasukan jelas tentang peranan dan tanggungjawab mereka.

  1. Gaya Komunikasi

Pemimpin wanita cenderung untuk mengambil bahagian dan mempunyai gaya kepimpinan yang demokratik. Mereka kerap berkomunikasi dan menyampaikan jangkaan mereka terhadap tugas yang diberikan dan memberi lebih banyak ruang, sokongan dan dorongan kepada ahli pasukannya dalam mencapai sesuatu matlamat.

  1. Penjenamaan Diri

Pemimpin wanita sering kelihatan sederhana atau tenang tentang pencapaian mereka sendiri. Mereka kurang bijak untuk menonjolkan diri dan menjenamakan diri mereka sendiri.

Wanita mempunyai ciri-ciri penting dan unik yang membantu mereka menonjol berbanding kaum lelaki. Mereka cenderung untuk menjadi lebih meyakinkan dalam komunikasi mereka, lebih inklusif dalam gaya kepimpinan mereka, lebih berdaya tahan dan lebih berani untuk mengambil risiko. Daripada sifat-sifat ini sememangnya membantu mereka menjadi pemimpin yang hebat.

Explore More