November 22, 2024

Search
Close this search box.

UTM laksana program pemindahan ilmu astronomi di SJKC Kuo Kuang 1 dan SJKC Woon Hwa

JOHOR BAHRU, 22 Mei – Dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) telah terlibat dalam program pembelajaran servis yang telah dianjurkan oleh pelajar kokurikulum Astronomi UTM.

Program ini telah dimulakan pada 5 Januari 2023 di SJK (C) Kuo Kuang 1 di Kulai, Johor dan SJK (C) Woon Hwa pada 19 Januari 2023 yang lalu. Program di SJK (C) Kuo Kuang 1 melibatkan seramai 50 orang pelajar Tahun 6, manakala program di SJK (C) Woon Hwa pula disertai seramai 50 orang pelajar Tahun 5.

Program ini dilaksanakan bertujuan agar pelajar UTM dapat berkongsi ilmu dan aktiviti yang telah mereka pelajari ketika kuliah dan dikongsikan kepada para pelajar SJK (C) Kuo Kuang 1 dan SJK (C) Woon Hwa.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengorganisasi maklumat berkaitan astronomi serta melakukan penambahbaikan berdasarkan aspek-aspek pembangunan pengetahuan.

Seramai dua puluh (20) orang fasilitator dalam kalangan pelajar Kokurikulum Astronomi, UTM telah terlibat dalam penganjuran program pembelajaran servis ini.

Program di SJK (C) Kuo Kuang 1 telah dilaksanakan dengan tajuk “Pembuatan Astrolab” meliputi aktiviti perkongsian ilmu Astronomi.

Program ini melibatkan tiga aktiviti utama iaitu perkongsian ilmu, tayangan video dan latih amal bagi membuat astrolabe sendiri.

Sesi perkongsian ilmu berkaitan astrolab telah disampaikan oleh wakil fasilitator dan diikuti dengan tayangan video pendek berkenaan topik yang telah dibincangkan.

Akhir sekali, aktiviti latih amal berkaitan membuat astrolab secara berkumpulan telah diadakan.

Peserta sedang mendengar perkongsian ilmu yang disampaikan oleh fasilitator

Peserta sedang membuat aktiviti latih amal membuat astrolab

Fasilitator membantu peserta untuk menyiapkan astrolab

  

Sebahagian peserta yang telah siapkan astrolab masing-masing

Wakil fasilitator telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak sekolah

Manakala program di SJK (C) Woon Hwa pula diadakan berasaskan tajuk “Evolution of Galaxy”.

Program ini dimulakan dengan perkongsian ilmu mengenai sistem suria telah dilaksanakan secara fizikal.

Selain perkongsian ilmu, pertandingan dam gergasi juga telah dilaksanakan bagi mengetahui tahap penguasaan peserta berkenaan ilmu astronomi yang disampaikan dalam masa yang singkat.

Slot perkongsian ilmu oleh wakil pelajar  UTM

Peserta sedang berbincang dalam kumpulan

Aktiviti sumbangsaran telah dilaksanakan

Peserta sedang mendapatkan input dari fasilitator berkaitan aktiviti yang dijalankan

  Penyampaian cenderahati oleh wakil pelajar UTM kepada wakil pihak sekolah

Para peserta telah mendapat respon yang positif berkaitan dengan program yang telah sertai ini.

Program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi jalinan mesra antara UTM dengan pihak sekolah, sekaligus mempromosikan UTM kepada para pelajar.

Para pelajar UTM jua dapat meningkatkan lagi kemahiran komunikasi serta kerja berpasukan selaras dengan ‘UTM Graduates Student Attributes’ khususnya bagi para pelajar kokurikulum astronomi UTM.

Pihak penganjur mengucapkan sekalung penghargaan kepada UTM iLeague yang telah menyumbang dana bagi pelajar menjayakan program ini serta pihak sekolah sudi bersama dan turut membantu menjayakan program ini.

 

Explore More