April 20, 2024

Search
Close this search box.

Program Sayangi Insan tonjol kepedulian warga UTM KL terhadap golongan gelandangan

Oleh: Batrisyia Kiasatina binti Nazarudin

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Mendorong empati dan kemanusiaan di kalangan mahasiswa, staf, dan masyarakat umum di bulan Ramadan, UTM KL telah mewujudkan program unik iaitu ‘Sayangi Insan’ yang menggalang kepedulian terhadap kelompok yang kurang beruntung di masyarakat, khususnya gelandangan.

Program ini menekankan bertapa pentingnya memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan selama tiga hari yang berbeza iaitu berlangsung pada 26 Mac 2023, 2 & 9 April 2023 di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang.

Dalam program ini, pihak universiti menganjurkan semua mahasiswa dan staf untuk memberikan makanan kepada gelandangan pada waktu sahur dengan bertujuan untuk memberikan bantuan sekaligus menunjukkan perpaduan dan keprihatinan terhadap situasi sukar yang dihadapi oleh mereka yang kurang beruntung.

26 Mac 2023 -Mahasiswa dari universiti jemputan (Universiti Malaya) berinteraksi bersama gelandangan pada waktu sahur.
 Ahli-ahli komuniti yang terlibat bersama universitI jemputan (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dalam menjayakan program “Sayangi Insan’ – 26 Mac 2023

Program ini dianjurkan oleh persatuan ‘Electrocnic System Engineering UTM KL’ serta Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya dengan kolaborasi dari berbagai organisasi mahasiswa iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bergilir-gilir mengikut hari yang ditetapkan.

Mereka bekerja sama dengan kelompok sukarelawan tempatan yang telah lama berkecimpung dalam membantu gelandangan.

Melalui kerjasama ini, pemberian makanan dilakukan secara teratur dan dilakukan dengan mempraktikkan kesihatan dan kebersihan.

2 April 2023 – Pembahagian makanan sahur kepada gelandangan.
Ahli-ahli komuniti yang terlibat bersama universitI jemputan (Universiti Kebangsaan Malaysia) dalam menjayakan program “Sayangi Insan’ – 2 April 2023

Selama tiga hari berturut-turut, mahasiswa dan staf universiti bergilir-gilir dalam memberikan makanan kepada gelandangan yang berada di Pusat Gelandangan Jalan Pahang.

Setiap peserta melibatkan diri mengikut jadual dalam aktiviti ini, sehingga pemberian makanan dapat dilakukan secara teratur sepanjang 3 hari tersebut.

Mereka juga diberikan tata tertib dalam menangani situasi ini, termasuk tata cara memberikan makanan dan etika interaksi dengan gelandangan.

Tujuan program ini adalah untuk membangun kesadaran dan kepedulian di kalangan mahasiswa dan staf di bulan yang mulia ini.

Setiap individu berhak mendapatkan kehidupan yang layak dan setiap tindakan kecil yang dilakukan pasti mendapat memberikan impak yang besar.

Melalui program ini, kami berharap dapat membangun pemahaman yang lebih baik tentang sosial di sekitar kita dan menginspirasi langkah-langkah lebih lanjut dalam membantu mereka yang membutuhkan.

9 April 2023 – Pembahagian makanan sahur kepada gelandangan.
Ahli-ahli komuniti yang terlibat bersama universitI jemputan (Universiti Kebangsaan Malaysia) dalam menjayakan program “Sayangi Insan’ – 2 April 2023

Program pemberian makan kepada gelandangan yang berlangsung selama tiga hari ini telah mendapat sambutan yang positif dari mahasiswa, staf, dan masyarakat sekitar.

Mereka merasa terinspirasi dan bersemangat untuk berkontribusi dalam memberikan bantuan kepada mereka yang membutuhkan.

Diharapkan program ini dapat menjadi langkah awal dalam mengatasi permasalahan sosial yang lebih besar di masyarakat.

Dengan inisiatif seperti ini, mahasiswa tidak hanya berfokus pada pendidikan akademik, tetapi juga pada pembentukan karakter dan kepribadian mahasiswa yang peduli terhadap lingkungan sekitarnya.

 

 

Explore More