April 26, 2024

Search
Close this search box.

Program Astrorace erat jalinan kerjasama pendidikan UTM dengan SMKA Johor Bahru

Oleh: Othman Bin Zainon

JOHOR BAHRU, 22 Mei – Program Pemindahan Ilmu Astrorace kepada Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru telah dilaksanakan oleh Pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik UTM yang mengambil kursus Astronomi Lapangan.

Program ini bertujuan untuk melibatkan para pelajar untuk menjalankan aktiviti yang lebih menjurus kepada komuniti. Pada masa yang sama dapat membantu memperkembangkan kemahiran-kemahiran serta menambah komitmen pelajar kepada komuniti.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang astronomi kepada pelajar menengah, mendalami kepentingan ilmu astronomi dalam bidang Geomatik serta memupuk minat mereka terhadap ilmu astronomi.

Program ini telah diadakan di dewan SMKA Johor Bahru yang disertai seramai 54 orang pelajar tingkatan 4 dengan pengawasan oleh 2 orang guru. Program ini telah dikendalikan oleh 10 orang pelajar kejuruteraan geomatik.

Perbincangan awal pelajar bersama pihak sekolah

Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pelajar

Program ini telah dimulakan dengan slot pembahagian kumpulan dan sesi sumbang saran oleh para pelajar tentang nama serta slogan kumpulan masih.

Seterusnya, program diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu yang bertajuk ‘Bicara Astronomi’ yang disampaikan oleh saudara Nursyazmil dan Adib Farhan.

Seusai sahaja perkongsian ilmu aktiviti soal jawab dan kuiz telah diadakan bagi mengetahui tahap penerimaan peserta terhadap ceramah yang telah disampaikan.

Program ini telah disemarakkan lagi dengan aktiviti Astrorace di mana 6 stesen permainan telah diwujudkan.

Stesen-stesen tersebut merangkumi bidang astronomi dan geomatik seperti Stesen 1 – Demonstrasi penggunaan alat teodolit, Stesen 2 – Permainan mencari duit syiling menggunakan Kompas prismatik, Stesen 3 – Permainan telefon rosak berkaitan astronomi, Stesen 4 – Permainan puzzle Astronomi, Stesen 5 – Sesi pameran tentang ‘Celestial Sphere’ dan akhir sekali Stesen 6 – Permainan membaling bola ke dalam cawan.

Aktiviti sumbangsaran para peserta

Perkongsian ilmu oleh wakil fasilitator

Perkongsian ilmu kedua oleh wakil fasilitator

Stesen 1 – Demonstrasi penggunaan alat teodolit

Stesen 2 – Permainan mencari duit syiling menggunakan Kompas prismatik

Stesen 3 – Permainan telefon rosak berkaitan astronomi

Stesen 4 – Permainan puzzle Astronomi

Stesen 5 – Sesi pameran tentang ‘Celestial Sphere’

Program ini turut menerapkan unsur ketiga Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu good health and well-being yang bertujuan untuk menyuntik rasa cinta yang tinggi akan bidang astronomi dalam diri generasi muda.

Kesimpulannya, program seperti ini bukan sahaja dapat membina kemahiran berkomunikasi, kemahiran kepimpinan, bekerja secara berkumpulan serta menerapkan konsep profesionalisme dalam kalangan pelajar geomatik semasa menjalankan program ini bersama komuniti sasaran.

Pihak penganjur juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada UTM iLeague yang telah menyumbang dana bagi pelajar menjayakan program ini.

Di samping itu, ucapan penghargaan juga ditujukan kepada pihak pengetua dan para guru SMKA Johor Bahru di atas sumbangan tenaga dan jalinan kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertama oleh Dr Othman bin Zainon

Penyampaian hadiah kepada pemenan kedua oleh Dr Othman bin Zainon

Penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah

Ahli Jawatankuasa Pelaksana bersama Dr Othman bin Zainon dan Pengetua SMKA Johor Bahru

Explore More