April 25, 2024

Search
Close this search box.

Program astronomi Galaxy Invaders dapat sambutan menggalakkan daripada komuniti Pekan Nenas

Oleh: Othman Bin Zainon

JOHOR BAHRU, 22 Mei – Pelajar Kokurikulum Astronomi UTM telah menganjurkan program Pembelajaran Servis yang bertajuk “Galaxy Invaders” di Pekan Nenas, Johor. Program ini telah dijayakan bersama urusetia Global Malaysian Astronomer Convention (GMAC) 2023.

Tujuan program ini adalah untuk melibatkan pelajar berkongsi ilmu dan aktiviti yang menjurus kepada komuniti di Pekan Nenas.

Objektif program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengorganisasi maklumat berkait astronomi serta melakukan penambahbaikan berdasarkan aspek-aspek pembangunan pengetahuan.

Program ini melibatkan aktiviti perkongsian ilmu Astronomi kepada komuniti Pekan Nenas untuk memberi pendedahan berkaitan ilmu astronomi.

Seramai 40 orang awam dari pelbagi lapisan masyarakat telah terlibat dengan program ini bersama sepuluh (10) orang pelajar Kokurikulum Astronomi, UTM. Program ini dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu mengenai alam semesta, planet, bintang dan galaksi.

  

Perkongsian Ilmu oleh Fasilitator

Peserta sedang mendengar ilmu yang disampaikan oleh penceramah

Sesi perkongsian ilmu oleh pelajar Kokurikulum Astronomi UTM

Barisan peserta yang menyertai sesi ceramah Galaxy Invaders

Pelbagai aktiviti yang interaktif dan menarik seperti “Bintang-bintang di buruj”, “Kuiz Alam Semesta”, dan “Cerapan Bintang”.

Bagi merancakkan sesi pemindahan ilmu ini, aktiviti yang di beri nama “Bintang-bintang di buruj” telah dijalankan di mana peserta perlu menyambungkan titik-titik mengikut nombor supaya membentuk buruj.

Di samping itu, peserta juga dilibatkan dengan aktiviti kuiz alam semesta.

          

Peserta program sedang membuat aktiviti membuat buruj

Sebahagian daripada peserta kanak-kanak yang turut sama bermain aktiviti mencipta buruj

Beberapa orang pelajar sekolah juga turut sama cuba mencipta buruj masing-masing

Salah seorang pengunjung yang berjaya menyiapkan buruj ciptaannya

Akhir sekali, aktiviti cerapan bintang telah diadakan agar program bertambah menarik di mana semua peserta berpeluang untuk melihat objek langit menggunakan teleskop yang disediakan.

Persediaan teleskop untuk aktiviti cerapan bintang oleh urusetia GMAC 2023

Urusetia sedang mencari objek langit yang boleh dilihat oleh komuniti Pekan Nenas

Salah seorang komuniti Pekan Nenas sedang melihat objek langit

Sebahagian dari teleskop yang telah disediakan oleh urusetia

Program ini secara keseluruhannya telah mendapat sambutan yang meriah serta maklum balas yang baik daripada semua peserta.

Program ini dapat mengeratkan lagi jalinan mesra antara UTM dengan komuniti Pekan Nenas, sekaligus mempromosikan UTM sebagai salah satu institusi pengajian yang menjadi pilihan warga Pekan Nenas.

Di samping itu, para pelajar UTM pula mampu meningkatkan lagi kemahiran komunikasi serta kerja berpasukan selaras dengan ‘UTM Graduates Student Attributes’ khususnya bagi para pelajar kokurikulum astronomi UTM.

Pihak penganjur juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada UTM iLeague yang telah menyumbang dana bagi pelajar menjayakan program ini serta urusetia GMAC 2023 yang turut membantu menjayakan program ini.

Explore More