April 25, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar kokurikulum astronomi UTM anjur Hari Astronomi di SMK Sri Skudai

Oleh: Othman Bin Zainon

JOHOR BAHRU, 22 Mei – Pelajar kokurikulum Astronomi UTM telah menganjurkan program Hari Astronomi yang bertemakan “Dazzling Sky: Uncover the Mystery” di SMK Sri Skudai, Skudai, Johor.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk melibatkan pelajar UTM berkongsi ilmu dan aktiviti yang menjurus kepada para pelajar di SMK Sri Skudai.

Objektif program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengorganisasi maklumat berkaitan astronomi serta melakukan penambahbaikan berdasarkan aspek-aspek pembangunan pengetahuan.

Program ini melibatkan aktiviti perkongsian ilmu Astronomi kepada komuniti Pekan Nenas untuk memberi pendedahan berkaitan ilmu astronomi. Seramai 61 orang pelajar Tingkatan 1 telah terlibat sebagai peserta bersama sepuluh (10) orang fasilitator dalam kalangan pelajar Kokurikulum Astronomi, UTM.

Program ini melibatkan tiga aktiviti utama iaitu perkongsian ilmu, tayangan video dan latih amal bagi membina dan melancarkan roket air. Sesi perkongsian ilmu berkaitan astronomi telah disampaikan oleh wakil fasilitator dan diikuti dengan tayangan video pendek berkenaan topik yang telah dibincangkan.

Akhir sekali, aktiviti latih amal berkaitan membina dan melancarkan roket air telah dijalankan.

Para peserta telah didedahkan dengan cara pembuatan roket air berasaskan kreativiti masing-masing. Hasil pembinaan roket air yang telah siap telah dilancarkan ke udara bagi mengenalpasti pemenang pelancaran roket air.

Sesi perkongsian ilmu oleh wakil fasilitator

Peserta sedang mendengar perkongsian ilmu yang disampaikan penceramah

Sekumpulan pelajar sedang menyiapkan roket air untuk dilancarkan

Kumpulan pelajar yang telah menyiapkan roket air mereka untuk dilancarkan

    

Kumpulan pelajar telah bersedia untuk melancarkan roket mereka

Program ini secara keseluruhannya telah mendapat respon yang baik daripada para peserta.

Program ini dapat mengeratkan lagi jalinan mesra antara UTM dengan pihak SMK Sri Skudai, sekaligus mempromosikan UTM kepada para pelajar.

Menerusi program ini, para pelajar UTM dapat meningkatkan lagi kemahiran komunikasi serta kerja berpasukan selaras dengan ‘UTM Graduates Student Attributes’ khususnya bagi para pelajar kokurikulum astronomi UTM.

Pihak penganjur juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada UTM iLeague yang telah menyumbang dana bagi pelajar menjayakan program ini serta pihak sekolah turut membantu menjayakan program ini.

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah

Explore More