Mei 9, 2024

Search
Close this search box.

KSJ UTM KL cipta kelainan, anjur kejohanan Liga Sahur Piala Pengetua di bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 2 April – Liga Sahur – Piala Pengetua Kolej Siswa Jaya (KSJ) merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan di di KSJ dengan melibatkan pelajar – pelajar yang menginap di dalam kolej dan luar kampus.

Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat – bakat pelajar di dalam arena sukan dan juga membantu kebajikan pelajar dengan memberi makanan sahur percuma selama 5 hari kejohanan berlangsung.

Selain itu, matlamat utama kejohanan ini juga adalah untuk mengeratkan ukhuwah dan mahabbah di kalangan pelajar tahun sehingga tahun empat yang berbeza kursus dan latar belakang akademik.

Tambahan lagi, kejohanan seperti ini mampu memberi pilihan kepada pelajar muslim dan bukan muslim untuk melakukan aktiviti sukan di bulan Ramadan.

Kejohanan ini telah berlangsung selama 5 hari bermula pada 29 Mac – 2 April 2023 dengan melibatkan dua jenis sukan teras yang mendapat sambutan penyertaan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar di UTM Kuala Lumpur iaitu futsal bagi (kategori lelaki) dan frisbee bagi (kategori campuran).

Johan Piala Pengetua KSJ (futsal) bersama Pengetua KSJ, Penasihat Kejohanan, dan penaja utama ISMA MEWAH

Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Sukan UTM Kuala Lumpur.

Kejohanan seperti ini merupakan satu platform yang terbaik untuk Pusat Kecemerlangan Sukan memperkasakan bakat pelajar Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KSJ di dalam bidang pengurusan sukan dan teknikal kejohanan.

Secara tidak langsung, kejohanan seperti ini akan terus konsisten menjadi kejohanan tahunan dalam menyemarakkan sambutan bulan Ramadan.

UTM Holding dan ISMA Mewah merupakan dua badan penaja utama yang telah memberikan sokongan padu dan jitu kepada Jawatankuasa Penganjur bagi dua tahun yang berturut – turut dalam menjayakan kejohanan ini.

Pemberian Cenderamata kepada Penaja Utama ISMA MEWAH

Pengetua Kolej Siswa Jaya, Ketua Pusat Kecemerlangan Sukan, dan Penaja Utama Program ISMA MEWAH turut hadir pada 2 April 2023 iaitu hari terakhir kejohanan bagi menyaksikan perlawanan akhir futsal.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Liga Sahur – Piala Pengetua Kolej Siswa Jaya telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Siswa Jaya, Dr Mohamed Azlan bin Suhot di Gelanggang Futsal Kolej Siswa Jaya.

Pengetua Kolej Siswa Jaya menyatakan dalam ucapan beliau di mana sentiasa menggalakkan dan menyokong kejohanan seperti ini menjadi satu branding dan acara tahunan Kolej Siswa Jaya dalam pelajar – pelajar terus mengasah bakat agar boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Ucapan Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah oleh Pengetua Kolej Siswa Jaya, Dr Mohamed Azlan bin Suhot
Pemberian cenderamata Penasihat Program dan Timbalan Pengarah Program kepada Pengetua Kolej Siswa Jaya

Explore More