Oleh : Dr. Norliza Mohd Isa
PAGOH, 21 Mei – “PROGRAM KARNIVAL LESTARI MUAR: Landscape Architecture Showcase” telah diadakan buat julung kalinya pada 21 Mei 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, Bandar Universiti Pagoh.
Program anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai Pengarah Living Lab Landscape Architecture (LiviLA) Dr Norliza Mohd Isa bersama kumpulan Pelajar Senibina Landskap dibawah Persatuan Pelajar Senibina Landskap (EARTH), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU).
Program ini disokong oleh Pusat Inovasi Mahasiswa & Keusahawanan Teknologi UTM (UTMXCITE), Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), UTM Kampus Pagoh, UTM Campus Sustainability (UTMCS), Universiti Teknologi Malaysia, dengan kerjasama: Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT), Majlis Perbandaran Muar (MPM), Pejabat Pendidikan, Daerah Muar, Pejabat Pegawai Daerah Muar, Kolej Vokasional Pagoh, Yayasan Johor Corporation, KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital dan Sime Darby Property Berhad.
Program telah dihadiri lebih 500 peserta melibatkan pelajar sekolah, Kolej Vokasional, IPT dan komuniti Muar telah dirasmikan oleh YBrs En Huzaimi bin Zainudin, Pengarah Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
Program juga turut disempurnakan dengan kehadiran oleh YBrs Tn Setiausaha Majlis Perbandaran Muar, Tn. Hj. Ahmad Nazeri bin Rebu; Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar FABU, PM LAr Dr Sapura Mohamad; Pengarah Program Senibina Landskap, Dr Lee Yoke Lai; Pengarah Kolej Vokasional Pagoh, Encik Rosli Bin Sha’ban; Timbalan Pengurus Yayasan JCorp, Encik Shahrazali Bin Sahlan; Assistant Manager, Township Community Services, Sime Darby Properties, Puan Nur Azizah Binti Kamarrudin; Pegawai SISC TVET PPD Muar En Zakaria Bin Md Tahir dan ramai lagi mewakili agensi dan industri.
Matlamat utama penganjuran adalah untuk mempromosikan budaya kehidupan lestari melalui perkongsian idea dan informasi (knowledge-transfer) tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup rendah karbon, pemeliharaan alam sekitar dan teknologi hijau kepada masyarakat khususnya di kalangan komuniti di Muar.
Pelbagai aktiviti seperti bengkel, pameran dan pertandingan diadakan iaitu; Bengkel 1: “MUO Green Tech”, Bengkel 2: “Bengkel Seni LAtopia”, Bengkel 3: “Terrarium MUO Dalam Balang, Pertandingan 1: MUO Up-Cycle Sculpture, Pertandingan 2: Fotografi “Hanya Di Muar” dan Pertandingan 3: Video TikTok “Lestari Muar”.
Program ini telah berjaya mendapat penyertaan daripada lebih 500 pelajar sekolah, Kolej Vokasional dan IPT dan mempamerkan hampir 15 showcase pembelajaran dan penyelidikan dari Program Senibina Landskap, Senibina, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Center for Advancement in Digital and Flexible Learning (UTM CDex), Makmal hidup LiviLA, Kumpulan penyelidikan TropicalMap, Comprehensive Terrestrial and Aerial Security Patrol and Surveillance System, UTM Kampus Pagoh, D’Impian AgroFarm The Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM), Top Form Nursery, Sime Darby Properties dan Pemeriksaan Kesihatan oleh KPJ Bandar Maharani.
Penganjuran program oleh pelajar dan staf dari Fakulti Alam Bina dan Ukur ini telah berjaya mencapai agenda untuk mensinergikan entiti quadruple – helix.
Gambar aktiviti program boleh dilihat pada pautan berikut, https://fb.watch/kKxsyT2vU0/