Julai 18, 2024

Search
Close this search box.

Jelajah Srikandi UTM platform mahasiswi KTF curah bakti di Kota Belud, Sabah

Oleh : Nurul Nabilah binti Mat Ropi

Kota Belud, 9 Mei – Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Kolej Kediaman Tun Mustapha, Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan program Jelajah Srikandi 4.0: Sabah 2023 yang berlangsung pada 4 hingga 9 Mei 2023 dengan penglibatan seramai 49 mahasiswa dan mahasiswi daripada Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah.

Program ini telah berjaya dilaksanakan di Kampung Rantai Rosok, Kota Belud, Sabah.

Program Jelajah Srikandi merupakan program tahunan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Fatimah dimana para mahasiswi mencurah bakti kepada masyarakat.

Selain membina sifat kesukarelawanan dan kemanusiaan, program ini juga dilihat sebagai salah satu platform untuk memberikan manfaat kepada penduduk kampung dalam bentuk tenaga kerja, ilmu pengetahuan serta beberapa kemahiran untuk membantu penduduk kampung.

Program khidmat masyarakat yang dianjurkan ini juga memberi inspirasi kepada generasi muda di kampung tersebut untuk melanjutkan pelajaran ke pendidikan tertiari melalui perkongsian pengalaman diri menempuh cabaran di universiti yang disampaikan oleh alumni UTM.

Selain itu, program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjalani hidup sihat dan penjagaan kebersihan diri.

Selain kebersihan tubuh badan, impak program ini juga dapat dilihat bagi memulihara alam sekitar dan melindungi alam semula jadi.

Seterusnya, beberapa ungkapan bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan kepada penduduk kampung yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi yang efektif sekiranya pelancong hadir ke kampung mereka. 

Sesi suai kenal antara ahli jawatankuasa pelaksana bersama keluarga angkat

Secara keseluruhan, sebanyak lapan aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program ini, iaitu Hygiene Forefront Change perkongsian penjagaan kebersihan gigi, Funtastic Craft, pembuatan sompoton, rantai kunci rama-rama rotan dan mencanting batik yang diketuai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Hi Future, perkongsian pengalaman Alumni UTM, Clean Up, pembersihan sungai dan sekitar kawasan kampung.

Di samping itu, terdapat juga aktiviti Star Reachers, pendedahan tentang bahasa Inggeris dengan kerjasama Fakulti Psikologi & Pendidikan TESL Universiti Malaysia Sabah, The Fortune Fund, menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk kampung oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah, pemberian beg sumbangan kepada penduduk kampung yang ditaja sepenuhnya oleh Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd., pengajaran penjagaan ikan keli yang diketuai oleh Puan Norfazreena Mohd Faudzi, pensyarah daripada Borneo Marine Research Institute, Universiti Malaysia Sabah dan majlis rewang memasak bubur lambuk untuk edaran penduduk kampung.

Sistem keluarga angkat juga telah dilaksanakan sepanjang keberadaan ahli jawatankuasa pelaksana di Kampung Rantai Rosok.

Hal ini demikian dapat mengukuhkan jalinan silaturahim dan kemahiran berkomunikasi serta sosial di antara para ahli jawatankuasa pelaksana.

Aktiviti Hygiene Forefront Change, pembelajaran dan perkongsian penjagaan kebersihan gigi

Penglibatan penduduk kampung semasa aktiviti mencanting batik yang
menggunakan teknik batik terap
Gambar kenangan penduduk kampung bersama hasil kraftangan bagi slot bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Slot Forum Hi Future bersama alumni UTM iaitu Cik Dahlia Binti Moktar
dan Cik Nur Hazwani Binti Kamin

Penglibatan peserta bagi aktiviti Hygiene Forefront Change ialah seramai 50 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 7 tahun.

Untuk aktiviti Funtastic Craft pula, seramai 85 orang peserta yang telah menyertai aktiviti ini yang dikelolakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Seterusnya, aktiviti Hi Future, penglibatan peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah iaitu seramai 30 orang, manakala bagi aktiviti Clean Up seramai 30 orang penduduk kampung telah turut serta bersama sama membersihkan kawasan kampung dan sungai.

Di samping itu, bagi aktiviti Star Reachers, seramai 6 orang mahasiswa daripada Fakulti Psikologi & Pendidikan TESL Universiti Malaysia Sabah telah menjadi tenaga pengajar kepada 12 orang pelajar yang berumur 12 dan 13 tahun.

Sebanyak 30 buah keluarga penduduk kampung telah menerima beg sumbangan daripada pihak penaja Adabi bagi aktiviti The Fortune Fund.

Aktiviti Clean Up iaitu pembersihan sungai dan sekitar kawasan kampung
Pemberian beg sumbangan Adabi kepada penduduk kampung
Pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk kampung
Sesi praktikal pengajaran penjagaan ikan keli oleh Puan Norfazreena Mohd Faudzi, Pensyarah Borneo Marine Research Institute, Universiti Malaysia Sabah

Aktiviti rewang memasak bubur lambuk bersama pihak Adabi

Majlis penutupan program bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Rantai Rosok, Kota Belud berlangsung pada 7 Mei 2023 yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Datuk Hj. Mohd Arsad bin Bistari, Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Tempasuk yang melibatkan 200 orang penduduk kampung.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para penaja Program Jelajah Srikandi 4.0: Sabah 2023 di atas sumbangan yang diberikan iaitu, UTM International, UTM Alumni, Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd., Online Business Mastermind Enterprise, UniKL, Gerid’s Kitchen dan Sufian Cafe.

Secara keseluruhannya, Jelajah Srikandi 4.0 : Sabah 2023 dapat dijalankan setelah sekian lama dengan jayanya. Meskipun perlaksanaan program ini perlu merintangi pelbagai cabaran, program berimpak ini masih mencapai objektif yang telah disasarkan.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.

Datuk Mohd Arsad bin Bistari, Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Tempasuk bersama-sama ahli pelaksana Jelajah Srikandi 4.0 : Sabah 2023 dan penduduk kampung
Gimik perasmian majlis penutupan program Jelajah Srikandi 4.0: Sabah 2023
Barisan VIP yang hadir pada majlis penutupan Jelajah Srikandi 4.0: Sabah 2023

Explore More