April 25, 2024

Search
Close this search box.

Inisiatif Jom Balik Raya MAIWP kurangkan kos pelajar B40 UTM KL pulang ke kampung halaman

KUALA LUMPUR, 16 April – Bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya, Program “Jom Balik Raya” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menawarkan tajaan seramai 276 orang pelajar UTM Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung halaman masing masing.

Tajaan tersebut termasuklah duit raya sebanyak RM 100.00 dan bayaran balik kos tiket pulang ke kampus selepas hari raya sebanyak RM 60.00 kepada setiap pelajar. Bantuan ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos pelajar untuk pulang ke kampung berhari raya.


Program ini merupakan kesinambungan daripada kelulusan MAIWP untuk pelajar B40 yang terlibat di 4 Universiti terpilih sekitar Wilayah Persekutuan, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Majlis perlepasan “Jom Balik Raya” telah di sempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar. Hadir sama ialah Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTM, Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin bin Haji Abu mewakili UTM Kuala Lumpur.

 


Explore More