Disember 2, 2024

Search
Close this search box.

FABU anjur Bengkel Pengukuran PEO dan Pemurnian CI

JOHOR BAHRU, 30 Mei – Fakulti Alam Bina dan Ukur telah mengadakan Bengkel Pengukuran Program Educational Objectives (PEO) dan Pemurnian Course Information (CI) bagi memantapkan ahli akademik mengenai persediaan bagi semakan kurikulum dan pengurusan kualiti akademik di kalangan pensyarah muda dan baharu.

Taklimat dan penerangan yang jelas telah diberikan oleh Prof. Madya Dr Naziha bin Ahmad Azli, Menjalankan Tugas Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Risiko UTM (QRIM UTM).

Seramai 60 orang peserta bengkel dari 6 jabatan di Fakulti Alam Bina dan Ukur telah menghadirkan diri serta berinteraksi secara aktif dengan penceramah di dalam sesi soal jawab.

Semoga bengkel seumpama ini mampu meningkatkan kefahaman dan kebersediaan warga akademik FABU bagi memastikan kualiti pengurusan akademik terus dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Explore More