April 23, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel inovasi tingkat kemahiran kreatif dan inovatif pelajar pendidikan kimia UTM

Oleh: Muhammad Afkar Bin Noralimin dan Corrienna Abdul Talib

JOHOR BAHRU, 8 Mei. – Demi menyahut hasrat UTM sebagai hab inovasi penyelesaian untuk kesejahteraan, satu bengkel berkaitan inovasi hasil kimia telah dianjurkan oleh para pelajar Program Pendidikan Sarjana Muda Pendidikan Kimia dari Kursus SHPK2121 Amali Pendidikan Kimia I, Sekolah Pendidikan (SP), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH).

Bengkel Inovasi Hasil Amali Kimia telah disampaikan oleh Pn Siti Asmah Binti Fadlan iaitu guru sains di SMK Kangkar Pulai yang juga merupakan guru pembimbing dan penyelaras inovasi sekolah serta Jurulatih Utama Pakar Teknologi Hijau Negeri Johor.

Bengkel ini dijalankan secara bersemuka di Makmal Pendidikan Kimia, SP, FSSH, UTM pada 8 Mei 2023 dan disertai oleh para pelajar program sarjana muda Pendidikan Kimia Tahun 2.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa yang merupakan bakal guru kimia berkaitan konsep inovasi hasil kimia yang boleh dijalankan di sekolah.

Aktiviti inovasi yang dijalankan adalah penghasilan sabun beku dan cecair daripada minyak terpakai. Pembuatan sabun merupakan aktiviti amali tingkatan 5 bagi mata pelajaran kimia.

Aspek pemahaman tindakbalas kimia melalui proses saponifikasi ditekankan, namun dari segi aspek inovasi dan peluang komersil kurang dititikberatkan.

Melalui bengkel ini, para pelajar dapat merasai pengalaman sendiri untuk membuat sabun secara mudah dan cepat disamping memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar hasil daripada aktiviti amali kimia.

Penganjuran bengkel dikendalikan oleh saudara Muhammad Afkar Bin Noralimin di bawah bimbingan Dr Corrienna Abdul Talib selaku pensyarah kursus.

Bengkel selama tiga jam ini telah memberi impak yang besar kepada para pelajar pendidikan kimia.

Banyak input dan ilmu yang menarik telah dikongsikan sepanjang bengkel itu berlangsung berkaitan impak inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk dijadikan inspirasi kepada pelajar pendidikan kimia.

Seturusnya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu amali dan inovasi dengan lebih mendalam serta membina modal insan bakal graduan UTM yang berjaya khususnya dalam bidang masing-masing.

Explore More