Februari 27, 2024

Search
Close this search box.

88 pelajar prasiswazah UTM tahun dua berjaya tamatkan program Voluntary Industrial Training di 40 syarikat

JOHOR BAHRU, 23 Mei – Institut Siswazah Tersedia Kehidupuan (UTM iLeaGue) melalui Pusat Akademik dan Pengalaman Pembelajaran (CAEL) telah mengadakan Majlis Penghargan dan Penyerahan Sijil Program Voluntary Industrial Training di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri UTM.

Seramai 50 orang pelajar dan 2 buah syarikat luar telah menghadiri majlis tersebut iaitu Syarikat Antaragrafik Systems Sdn Bhd yang telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi, Dato’ Mohd Izam bin Ismail dan Syarikat Flextronics yang telah dihadiri oleh wakil Pengurusan Sumber Manusia, Mr. Kok Chee Keong.

Penyampaian sijil dan cenderahati penghargaan telah disampaikan oleh Pengarah CAEL, Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah binti Mat Darus.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua pelajar yang telah menyertai program ini dan menghargai semua ahli jawatankuasa yang terdiri daripada penyelaras Latihan Industri daripada setiap fakulti dan pihak CAEL yang turut sama merealisasikan program ini sepanjang tahun 2022.

Program ini merupakan salah satu inisiatif UTM iLeaGue untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar terhadap dunia sebenar alam pekerjaan di industri sebelum mereka melalui latihan industri wajib di tahun ketiga pengajian.

Program ini melibatkan pelajar-pelajar prasiswazah tahun 2 yang secara sukarela ingin bekerja di industri selama 1 bulan semasa cuti semester berjalan.

Seramai 88 orang pelajar telah berjaya menamatkan program ini dengan jayanya dan sebanyak 40 buah syarikat telah terlibat di dalam program ini.

Untuk tahun 2023 ini, pihak UTM menyasarkan penglibatan seramai 175 orang pelajar tahun 2.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri di alam pekerjaan seawal di tahun kedua pengajian, sekaligus dapat membantu pelajar untuk membuat rangkaian profesional untuk menempatkan mereka di syarikat yang terlibat bagi mereka menjalani latihan industri dan seterusnya mendapat pekerjaan yang premium dengan gaji yang tinggi di syarikat tersebut.

Explore More