JOHOR BAHRU, 9 Apr. – Badan Kebajikan Staf Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (BRAKe) telah melaksanakan satu program ziarah sempena bulan Ramadan mensasarkan pesara FKM, balu-balu staf FKM, dan juga para asnaf di sekitar kampus UTM Johor Bahru.
Seramai enam orang pesara, 26 balu kepada bekas staf FKM dan 40 orang golongan asnaf telah disantuni melalui program ini.
Majlis melepaskan konvoi lima kenderaan telah disempurnakan oleh Dekan FKM, Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Zaini bin Ahmadd di Blok E07, FKM dengan setiap konvoi dianggotai oleh lima sukarelawan dari staf FKM.
Program ziarah ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh BRAKe.
Antara objektif utama program ziarah adalah menjalin dan merapatkan hubungan dalam kalangan warga FKM dengan pesara dan juga balu-balu staf FKM, disamping mengetahui perkembangan semasa pesara-pesara dan para balu yang mana suami mereka pernah berkhidmat di FKM.
Golongan asnaf juga tidak dilupakan dimana sumbangan merupakan barangan keperluan harian turut disumbangkan melalui program ziarah ini. Sasaran penerima adalah di Taman Sri Pulai dan Taman Teratai.
Sumbangan wang ringgit dan bahan keperluan harian dari penyumbang-penyumbang yang terdiri staf dan juga pesara-pesara FKM sendiri telah membantu menjayakan program ini dengan lebih lancar.
Semoga setiap sumbangan ini membawa kepada ganjaran pahala sebesar-besarnya kepada penyumbang dan ahli keluarga.