April 20, 2024

Search
Close this search box.

YB Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital santuni warga UTM dalam Program “Ketuk-Ketuk Ramadan”

Oleh: Khaizuran Bahri bin Kamardi Suhaili, Nurulkhairiah Azyyati binti Khairul Anuar, Nurin Uzma Syahira Binti Rosdi, Muhammad Maliki bin Siron, dan Fatin Afiqah Md Azmi.

JOHOR BAHRU, 1 Apr. – Sinergi antara Kelab Lambaian Masyarakat (KLM) dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor (JKM KTC) telah berjaya merealisasikan program “Ketuk-ketuk Ramadan”.

Program ini diadakan bertujuan untuk menyediakan juadah berbuka puasa kepada penghuni KTC. Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk turut dijalankan sebagai sumbangan agihan makanan kepada seluruh pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan komuniti sekitar untuk diedarkan di Bazar Ramadan UTM.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Puan Teo Nie Ching, merangkap Ahli Parlimen Kulai. Turut hadir bersama ialah ADUN Senai, YB Tuan Wong Bor Yang; Ketua Pustakawan UTM, Puan Nor Asikin Binti Mohamad sebagai wakil ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti; Pengarah Aktiviti Dan Pembangunan Pelajar, Prof. Madya Dr.Azlan bin Abdul Latib; Timbalan Pendaftar Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar, En. Arman bin Md Yasin; Pengetua KTC, Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Bin Abdul Rahim; Felo Penasihat Program, Dr Fatin Afiqah Md Azmi; Pengarah Program, En Maliki bin Siron, Majlis Felo serta JKM KTC.

Program ini telah menerima tajaan daripada pelbagai pihak termasuklah Wakaf UTM, Pusat Islam UTM, UTMCRES, Dessert Delivery, Addim Doorgift, Scarlet Dessert JB, Halwa’s Brownies, Faiza Sdn. Bhd dan Tupperware.

Kehadiran tetamu VVIP dan VIP ke majlis perasmian program Ketuk-ketuk Ramadan.

Program ini berfokus kepada dua aktiviti utama iaitu menyediakan juadah berbuka puasa kepada penduduk KTC serta mengimarahkan malam tersebut dengan aktiviti ceramah dan solat tarawih secara berjemaah. Selain itu, komuniti luar, ahli Surau Desa Bakti turut bekerjasama dalam proses memasak bubur lambuk sebanyak 300 pek untuk diagihkan kepada orang ramai di Bazar Ramadan UTM.

 

Proses memasak bubur lambuk bersama dengan Encik Amir, wakil Surau Desa Bakti.
Pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai oleh YB Puan Teo Nie Ching dan YB Tuan Wong Bor Yang.
YB Timbalan Menteri dan peserta menikmati juadah berbuka yang disediakan oleh ahli jawatankuasa majlis.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kerjasama sesama penghuni KTC dan juga komuniti sekitar UTM untuk sentiasa membuat kebaikan dan mengambil manfaat daripada bulan yang penuh barakah ini. Secara tidak langsung, dapat membantu dan memberikan inspirasi kepada komuniti untuk sentiasa membuat kebaikan  yang mampu memberikan impak yang besar kepada masyarakat.

 

 

Explore More