April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM ketuai 34 agensi dan institusi jalankan cerapan GNSS serentak sempena sambutan Global Surveyors’ Day

JOHOR BAHRU, 29 Mac – Program Geoinformasi di Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengetuai 34 agensi dan Jabatan kerajaan serta akademia dalam menjalankan satu (1) jam cerapan Global Navigation Satellite System (GNSS) bersempena dengan sambutan Global Surveyors’ Day (GSD) bagi Tahun 2023 yang dianjurkan bersama Bahagian Geomatik & Ukur Tanah, Royal Institution of Surveyor Malaysia (RISM).

Sambutan GSD ini walaupun tarikh rasminya adalah diraikan pada tanggal 21 Mac saban tahun, namun bagi agensi-agensi ukur tanah di Malaysia akan mengambil peluang meraikan sambutan GSD ini bermula 21 Mac hingga 31 Mac. Program Geoinformasi, FABU tidak ketinggalan untuk meraikan sambutan GSD di peringkat UTM pada 29 Mac yang lalu.

Sebagai simbolik meraikan sambutan GSD ini, program 1 Jam Cerapan GNSS serentak bagi semua Institusi Geomatik dan Ukur Tanah di seluruh Malaysia telah dijalankan. Cerapan serentak selama 1 jam ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi di seluruh Malaysia. Sambutan program telah dirasmikan oleh Pengarah Geoinformasi, Profesor Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa secara atas talian.

Semua 34 agensi dan akademia yang terlibat dengan cerapan GNSS serentak ini adalah Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, JUPEM Perlis, JUPEM Kedah, JUPEM Pulau Pinang, JUPEM Perak, JUPEM Selangor, JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, JUPEM Negeri Sembilan, JUPEM Melaka, JUPEM Johor, JUPEM Pahang, JUPEM Terengganu, JUPEM Kelantan, JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan, Pejabat Topografi Wilayah Kuala Lumpur, Pejabat Topografi Wilayah Taiping, Pejabat Topografi Wilayah Segamat, Pejabat Topografi Wilayah Kuantan, Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak, Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Universiti Teknologi Mara Perlis, Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Geomatika Malaysia, North Borneo University College, Geospatial Science & Technology College (GSTC), Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Kuching Sarawak.

Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Universiti Teknologi MARA Perlis
Universiti Teknologi MARA Shah Alam
JUPEM Perlis

 

JUPEM Kedah
JUPEM Pulau Pinang
JUPEM Perak
JUPEM Selangor
JUPEM WP Kuala Lumpur & Putrajaya
JUPEM Negeri Sembilan
JUPEM Melaka
JUPEM Johor
JUPEM Pahang
JUPEM Terengganu
JUPEM Kelantan
JUPEM WP Labuan
Pejabat Topografi Wilayah Kuala Lumpur
Pejabat Topografi Wilayah Kuantan
Pejabat Topografi Wilayah Segamat
Pejabat Topografi Wilayah Taiping
Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak
Bahagian Pemetaan Topografi Sabah
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
Jabatan Tanah dan Ukur Sabah
Geospatial Science & Technology College
Universiti Geomatika Malaysia
North Borneo University College
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Politeknik Ungku Omar
Politeknik Merlimau Melaka
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
Politeknik Kuching Sarawak
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Secara kesimpulannya, kerjasama padu yang ditunjukkan oleh semua agensi dan institusi Geomatik dan Ukur Tanah di seluruh Malaysia dalam meraikan sambutan Global Surveyors’ Day bagi Tahun 2023 ini menunjukkan kebersamaan bidang Geomatik atau Ukur Tanah di Malaysia. Adalah diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Explore More