Mei 3, 2024

Search
Close this search box.

Pakar Ilmu Falak UTM Kongsi Ilmu Penandaan Arah Kiblat

Oleh: Othman Zainon

Kiblat merujuk kepada arah Kaabah yang terletak di Masjidil Haram, Mekah. Arah kiblat penting kepada umat Islam kerana banyak kewajipan dan sunnah ibadah perlu dihadapkan ke arah Kaabah.

Arah kiblat berbeza mengikut lokasi tempat yang dikehendaki, walaupun kedudukannya terletak di zon yang sama ia akan memberikan arah yang berbeza. Oleh kerana, terdapat isu dan kesalahan dalam penandaan arah kiblat maka program perkongsian ilmu ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah.

Program Pemindahan Ilmu Penandaan Arah Kiblat ini telah dijalankan di dua buah Sekolah Menengah Agama iaitu di Sekolah Menengah Agama (Arab) Kota Tinggi Johor dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu Negeri Sembilan.

Program ini telah dilaksanakan oleh kumpulan penyelidikan inovasi geomatik (GnG) yang diketuai oleh Gs Sr Dr Othman bin Zainon.

Program perkongsian ilmu ini telah diadakan pada 12 Februari 2023 di Sekolah Menengah Agama (Arab) Kota Tinggi Johor melibatkan seramai 100 orang dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.

Manakala program kedua pula telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu Negeri Sembilan pada 6 April 2023 yang lalu. Seramai 100 orang pelajar Tingkatan 4 SMAP Labu telah menyertai program ini.

Kedua-dua program ini dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu falak dan diikuti aktiviti praktikal arah kiblat. Para pelajar telah diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan aktiviti dilaksanakan.

Dalam sesi praktikal para pelajar telah ditunjukkan kaedah penandaan arah kiblat menggunakan kaedah Kompas matahari dan kaedah tradisional menerusi pemerhati kepada pokok. Seterusnya wakil pelajar diminta melakukan pembentangan ringkas berkaitan pemerhatian mereka kepada sepohon pokok yang telah mereka pilih.

Pelajar sangat berpuas hati dengan program pemindahan ilmu ini kerena mereka telah memperoleh ilmu yang baru berserta praktikalnya sekali.

Slot perkongsian ilmu oleh Dr Othman Bin Zainon kepada pelajar SMA (Arab) Kota Tinggi Johor.

Pelajar SMA (Arab) Kota Tinggi Johor sedang mendengar perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh Dr Othman Zainon.

Pelajar SMA (Arab) Kota Tinggi melakukan praktikal dengan membuat pemerhatian kepada pokok.
Slot perkongsian wakil kumpulan pelajar lelaki SMA (Arab) Kota Tinggi bagi dapatan pemerhatian yang telah mereka lakukan.

Slot perkongsian ilmu kepada pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan oleh Dr Othman Zainon.

Pelajar SMAP Labu sedang menanda arah bayang matahari bagi semakan arah kiblat.

Slot perkongsian wakil kumpulan pelajar lelaki dan perempuan bagi dapatan pemerhatian yang telah mereka lakukan.

 

Explore More