Februari 21, 2024

Search
Close this search box.

Makmal Satelit FABU UTM – JTS Sarawak anjur kolokium, platform sumbang saran selesai masalah perancangan bandar

JOHOR BAHRU, 19 Mac – Satu sesi kolokium siri 2 antara Cawangan Sistem Maklumat, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak dan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah diadakan sebagai pengisian aktiviti Makmal Satelit FABU, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)-JTS Sarawak.

Sesi kolokium ini dijalankan sebagai platform perkongsian pencapaian semasa oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan juga FABU.

Sesi kolokium yang dijalankan secara hibrid ini telah disertai seramai 20 orang pensyarah dan pelajar secara bersemuka di Bilik Scale, C03, FABU dan lebih 100 orang peserta secara atas talian.

Seramai lima (5) orang panel telah terpilih untuk membentangkan topik-topik yang berkaitan dengan Jabatan dan program masing-masing di mana tiga (3) orang panel adalah daripada wakil pensyarah manakala dua (2) orang lagi daripada wakil JTS Sarawak.

Pembentang pertama adalah Encik Lim Khing Chong, Pengurus Sistem Maklumat JTS Sarawak membentangkan berkenaan tajuk Halatuju LASIS (Land and Survey System of Sarawak). Pembentang kedua adalah Profesor Dr. Alias Abdul Rahman (UTM) yang membentangkan berkenaan Permodelan 3D ke arah Komuniti Pintar

Pembentang ketiga Puan Alicia Patricia Josin, Pentadbir Sistem JTS Sarawak membawakan tajuk LASIS Mobil, manakala pembentang keempat adalah Dr. Syed Muhammad Rafy Syed Jaafar (UTM) yang membentangkan berkenaan Kaedah Kutipan Data dan Analisis Terkini bagi Perancangan Bandar

Kolokium melabuhkan tirai dengan pembentangan terakhir daripada Profesor Madya Sr Dr. Abdullah Hisam Omar (UTM) yang membentangkan berkenaan Ke Arah Kadaster Marin di Sarawak.

Sesi kolokium telah menerima penglibatan aktif daripada para peserta secara bersemuka dan juga secara atas talian melalui persoalan-persoalan yang dibangkitkan serta perkongsian yang pastinya telah memberi satu pendedahan baharu kepada kedua-dua pihak JTS-UTM untuk menentukan halatuju bagi pembangunan di masa hadapan.

Secara kesimpulannya, sesi kolokium ini perlu terus dilaksanakan kerana banyak manfaat yang dapat diperoleh bagi kedua-dua pihak terutamanya dari segi penyelesaian masalah-masalah yang mungkin timbul dari pelaksanaan semasa sistem mahupun kajian yang dilaksanakan.

Explore More